Hiburan

Pereka Giuseppe Zanotti Lakar Rekaan Sepatu Kahwin Neelofa

gempak
Azwa Rahman
29/04/2020
08:15 MYT
Sponsor Banner
Pereka Giuseppe Zanotti Lakar Rekaan Sepatu Kahwin Neelofa
Pengacara dan usahawan fesyen popular, Neelofa bersiaran secara langsung bersama pereka kasut terkemuka dunia, Giuseppe Zanotti di Instagramnya malam tadi.
Menerusi laman sosial Instagram Live, Neelofa dan Giuseppe meluangkan masa bersama meskipun berada di dalam zon masa yang berbeza.
Menariknya lagi, Giuseppe kemudiannya melakarkan rekaan sepatu kahwin untuk Neelofa secara spontan.
Walaupun berbicara soal fesyen, mereka berdua turut menyentuh perihal sambutan Ramadan dan isu kesan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia.
“Seronok dapat bertemu dengan kamu. Saya sedar yang Malaysia sedang menyambut bulan Ramadan sekarang.
Justeru, saya berharap agar semuanya berada dalam keadaan baik. Semoga mendapat Ramadan yang diberkati,” katanya menerusi satu kenyataan yang dihantar .
Menerusi siaran langsung tersebut, Giuseppe turut berkongsi bahawa minatnya yang mendalam terhadap kasut bermula apabila dia melihat seorang wanita yang mengenakan gaun cantik dengan kasut hodoh di kaki.
“Ibu saya seorang tukang jahit. Justeru, saya selalu melihat pelanggan wanita mencuba pakaian di rumah. Namun, pada suatu hari, saya melihat seorang wanita yang menyarung sepatu hodoh saat mencuba baju jahitan ibu saya yang cantik.
Dari situ, saya mula berimaginasi sesuatu yang luar biasa. Saya rasa, saya mewarisi perasaan sensitif melihat sesuatu daripada ibu saya,” ujar pereka berusia 63 tahun itu.
Selain pernah berkolaborasi bersama Neelofa untuk menghasilkan koleksi kasut, Giuseppe turut menamakan kolaborasi bersama penyanyi papan atas Jennifer Lopez, Rita Ora dan Kanye West sebagai kolaborasi kegemarannya.
Bukan sahaja kasut, jenama Giuseppe Zanotti turut terkenal dengan rekaan tas tangan dan barang kemas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live