HIBURAN
“Perempuan Dalam Video Tu Bukan Sabronzo, Tak Baik Fitnah Dia, Itu 'Call Girl'” - Amyera Dedah Kini Bukan Lagi Isteri Shahrul Nasrun
Usahawan, Datin Amyera mendedahkan dirinya bukan lagi isteri kepada Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.
Bukan lagi suami isteri
Amyera atau nama sebenarnya Fatin Amyera Zainal Abidin memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan beserta hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Menurut Amyera, selama lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama Shahrul akhirnya dia berasa lega dapat mengakhiri hubungan toksik yang dilaluinya.
Malah Amyera juga menegaskan wanita di dalam video tersebut bukanlah anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo seperti yang didakwa netizen sebelum ini.
“Mungkin Allah nak tunjuk. Semua jadi kebetulan. Dan saya nak nyatakan di sini, perempuan dalam video tu. Bukan sabronzo. Tak baik korang fitnah dia. Itu perempuan lain. Call girl.
“Dan nak dijadikan cerita, bila saya kesana. Allah permudahkan segalanya, saya jumpa tempat itu. Dan saya boleh masuk ke dalam.
“Rasa nak pengsan, bila tengok keadaan tempat itu. Terlalu aib,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Namakan Anak Dengan Nama Malaikat Atau Para Nabi Dibenarkan – Shahrul Nasrun Ucap Terima Kasih Penjelasan Ustaz
ARTIKEL BERKAITAN:Shahrul Nasrun Sah Bergelar Suami Amyera
Terdahulu, tular sebuah video memperlihatkan seorang wanita mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama.
Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.