Budaya Popular Namakan Anak Dengan Nama Malaikat Atau Para Nabi Dibenarkan – Shahrul Nasrun Ucap Terima Kasih Penjelasan Ustaz Mya Amri 18/07/2017 | 20:50 MYT HUKUM MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA MALAIKAT: Ramai yg hubungi saya mengenai hukum menamakan anak dengan nama-nama para Malaikat. Utk pengetahuan semua, menamakan anak dengan nama-nama yg baik adalah Sunnah. Nabi SAW bersabda yg bermaksud: "Kamu akan dipanggil pada hari Kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Oleh itu, Namakan lah anak-anak kamu dengan nama yg terbaik.." (Ibn Majah) Menurut al-Nawawi, al-Qardhawi dan ramai lagi, menamakan anak dengan nama para Nabi dan para Malaikat adalah dibenarkan selagi ia tepat dengan makna dan tata bahasa Arab. Justeru, hukum menamakan anak dengan nama JIBRIL/JIBRIEL,MIKAEL,MALIK atau sebaginya adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan Akidah atau Syariah Islam. Wallahuaklam. Dato' Dr Mohd Izhar Ariff, Pensyarah Fiqh Semasa, UKM. @ustazdrizharariff @shahrulnasrun A post shared by Ustaz Dato Dr Mohd Izhar Ariff (@ustazdrizharariff) on Jul 15, 2017 at 9:50pm PDT Topik Berkaitan #Shahrul Nasrun #Isu Nama Anak Must-Watch Video Read more