Dramatis jelita Rozita Che Wan menasihati kaum wanita agar lebih berani membuat keputusan seandainya bergelut dengan krisis keganasan rumah tangga.
Kata Rozita atau lebih popular dengan sapaan Che Ta, wanita perlu lebih bijak membuat keputusan untuk diri sendiri.
"Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal.
"Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang.
"Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Che Ta berpendapat wanita tidak seharusnya terus memberikan peluang kepada lelaki yang kerap menyakiti mereka.
"Kalau dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan dia tidak akan berubah.
"Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah," tambahnya.
Isu keganasan rumah tangga dalam kalangan selebriti menjadi topik hangat apabila tular kisah rumah tangga beberapa artis lelaki popular yang menganiaya isteri masing-masing. Hal itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet.
Amri Hassan
Wed Mar 08 2023


Shashic & Filzah Selesa Sembunyikan 7 Tahun Percintaan – “Tak Ramai Suka…”
Patutlah tahu tahu dah kahwin

Fasha Sandha Dipuji Humble - “Baju Lama Tapi Recycle Balik..”
Hebat Fasha baju 2017 boleh pakai lagi!

#BIGSTAGE5: High School Crush! Mengimbau Kenangan Lagu Zaman Sekolah
Lagu semua best-best!

Tragedi Keretapi Terdahsyat India, 288 Maut & Ribuan Masih Terperangkap Dalam Gerabak
Takziah keluarga mangsa.

#BIGSTAGE5: “Tak Boleh Terlepas Ada Cinta Hati!” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Amir Ahnaf Jadi Presiden Netizen
Amir Ahnaf jadi Kapla Big Stage ke ni hehehe.

Sumbat Mayat Anak Buah Dalam Mesin Basuh, Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri
Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri

Scha Alyahya Terkejut! Tersenarai Antara Artis 'Rude' Dalam Trend Di Twitter - "Saya Minta Maaflah, Mungkin Tak Sedar Atau Tak Sengaja ..."
Scha Alyahya pun kena label rude?

#BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'
Aina Abdul kata pakaian yang dipakai sebahagian daripada brandingnya.

Dikecam Hina Kereta, Suami Fatin Afeefa Jelas Perkara Sebenar - "Itu Ditujukan Kepada..."
Suami Fatin Afeefa Jelas Perkara Sebenar

Siti Nurhaliza Izinkan Peniaga Guna Gambar & Namanya, Tapi Dengan Satu Syarat…
Apa syarat yang dikenakan?