HIBURAN
Perfect Timing! Rupa-Rupanya Isteri Sharul Kamal Jatuhkan Veil Nadeera - "Nak Buat Tu Pun Kena Ada Jiwa Dalam Muzik"
Persembahan Nadeera di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) menerusi lagu ‘Bukan Lagi Kita’ mencuri perhatian ramai, terutama pada momen dramatik apabila veil yang dipakai Nadeera jatuh tepat pada masanya, menambahkan kesan emosi dalam persembahannya.
Rupanya, individu di sebalik detik sempurna itu adalah Raihan Amilin, isteri kepada penyanyi Sharul Kamal.
BERITA TRENDING: Bantu Rakan Artis Turun Naik Tangga, Netizen Puji Sifat Gentleman Hael Husaini - “ Tak Sia-sia Minat Dia Dari…”
BERITA TRENDING: Hael Menangis Lihat Persembahan Nadeera, Peminat Terharu - “Dia Memang Nak Angkat Nadeera Dalam…”
BERITA TRENDING: “Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ Menceritakan Kisah Hidup Saya” - Nadeera Kongsi Simbolik Tukar Warna Baju Atas Pentas
Sharul berkongsi perkara ini melalui sebuah video di TikTok, memuji kepakaran isterinya dalam memastikan veil jatuh dengan tepat pada saat yang dirancang."Sedang hangat di sosial media mengenai persembahan Nadeera dan momen veil jatuh itu menjadi bualan sebab jatuh ‘on point’.
"Lepas itu ramai tanya siapa yang jaga ‘queue’ jatuhkan veil tersebut. Orang itu adalah isteri saya.
"Waktu nak jatuhkan itu saya ikut ‘instinct’, sepatutnya sudah ada timing, dekat ‘four’, tapi ketika malam AJL, saya lebih ikut ‘instinct’ dan jatuhkan dekat ‘one’.
"Kalau nak terangkan apa itu ‘four’ atau apa itu ‘one’, susah sikit lah. Kalau orang muzik insya-Allah faham apa istilah yang kami sebut.
"Nak jatuhkan veil itu pun sebenarnya kena ada jiwa muzik. Alhamdulillah apa pun segalanya dengan izin Tuhan.
"Saya rasa isteri saya kena jadi stage manager lepas ni," kata Sharul dengan nada berseloroh, mengagumi koordinasi sempurna isterinya dalam mengendalikan detik penting itu.
Netizen turut memuji kesempurnaan momen tersebut, menyifatkannya sebagai ‘on point’ dan memberi impak visual yang memukau dalam persembahan Nadeera.
Ada yang mengatakan bahawa efek veil itu menambahkan elemen dramatik dan elegan, menjadikan persembahan lebih beremosi dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Selain vokal mantap dan penyampaian lagu yang penuh perasaan, elemen visual seperti ini memainkan peranan penting dalam menjadikan sesebuah persembahan lebih ikonik dan berkesan.
Pentas AJL39 menyaksikan Nadeera yang mempersembahkan lagu Bukan Lagu Kita memenangi tempat kedua selepas Hening Rindu (Marsha Milan).
Must-Watch Video