Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diabadikan sebagai penghias muka hadapan majalah terkenal, Malaysia Tatler.

Menerusi laman sosial Instagram, Siti atau lebih mesra disapa Tokti berkongsi beberapa foto editorial yang dimuatkan di dalam majalah edisi Januari 2020 tersebut.

“Terima kasih dan kudos kepada pasukan majalah @malaysiatatler. Saya nampak lebih berani. Aura 2020 mungkin? Sitizoners check it out,” tulis Tokti sebagai kapsyen.

Menerusi majalah berbahasa Inggeris itu, Tokti membuka kisah kejayaan jenama kecantikannya Simplysiti yang meraikan ulang tahun ke-10 mereka pada tahun 2020.

Dato' Sri Siti Nurhaliza, who graces our January 2020 issue, has much to celebrate as her beauty brand marks its 10th anniversary this year. She shares with us the joys and challenges of running @officialsimplysiti arguably the original Malaysian celebrity beauty brand. Go to our bio's link or pick up a copy of the magazine at newsstands. ? @deanshaari / ? @kimmun_hopscotch #beauty #healthylifestyle #simplysiti #sitinurhaliza

A post shared by Malaysia Tatler (@malaysiatatler) on


Malah, Tokti turut berkongsi momen gembira dan cabaran menguruskan Simplysiti yang menjadi jenama selebriti yang pertama di Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut memuji penampilan Tokti di dalam foto tersebut kerana kelihatan muda dan jelita.

“Cantiknya. Ini baru Mak Iti!” puji seorang wargamaya.

“Jarang saya nak komen kat Instagram artis tapi kali ni saya tak tahan tengok aura Tokti, Masya-Allah, you look stunning. Jarang-jarang macam ni kan cantik,” komen seorang wargamaya.

“Macam ni barulah sesuai dengan status diva Tokti!” ujar seorang wargamaya.

“Tokti cantiknya! Sila buat cover album macam ni,” pinta seorang wargamaya lagi.

Perkongsian foto editorial Tokti itu sehingga kini telah menerima hampir 71,000 tanda suka daripada wargamaya.