Filem Penunggang Agama arahan pengarah Syafiq Yusof berjaya mencatatkan kutipan tayangan sebanyak RM1 juta.

Jumlah itu berjaya dikumpul hanya dalam tempoh enam hari sahaja selepas ditayangkan secara rasmi kepada umum bermula 25 Mac lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Astro Shaw menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram (IG), sebentar tadi.

"Alhamdulillah.. Terima kasih di atas sokongan padu anda yang tidak pernah putus," tulisnya.

Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

BACA: Syafiq Yusof Sahut Cabaran Buat Filem Penunggang Agama, Harap Mesej Diterima Ramai

Jadi, bagi anda yang belum menonton, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang kini sudah berada di pawagam rumah anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.