Laman Utama

Syafiq Yusof Sahut Cabaran Buat Filem Penunggang Agama, Harap Mesej Diterima Ramai

gempak
Zulaikha Yusof
22/03/2021
13:40 MYT
Sponsor Banner
Syafiq Yusof Sahut Cabaran Buat Filem Penunggang Agama, Harap Mesej Diterima Ramai
Pengarah dan penerbit filem Syafiq Yusof mengambil cabaran untuk menghasilkan filem berelemen islamik iaitu Penunggang Agama.
Menurut Syafiq, dia akui perlu membuat banyak rujukan terutama dalam penghasilan skrip dan adegan.
"Minat yang mendalam dalam berkarya mendorong saya untuk sentiasa berusaha tampilkan kelainan pada setiap filem yang dihasilkan.
"Kali ini, saya memilih genre sebegini dengan elemen islamik kerana cabarannya berbeza, di mana banyak rujukan yang perlu saya buat terutama pada penghasilan skrip dan adegan.
"Selain itu, konflik Penunggang Agama itu sendiri sememangnya dekat dengan masyarakat dan saya cuba menyampaikan mesej-mesej yang diharap boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua," katanya kepada Gempak.
Syafiq ditemui ketika tayangan perdana filem Penunggang Agama di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya, hari ini.
Dalam pada itu, Syafiq menyatakan walaupun bajet untuk filem Penunggang Agama ini tidak sebesar filem-filem yang pernah dilakukan namun itu bukan menjadi penghalang.
"Bajet untuk filem ini tak sebesar seperti filem yang saya pernah buat sebelum ini.
"Namun, itu bukan halangan untuk saya menghasilkan karya yang bagus," katanya lagi.
Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Jadi, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First bermula 25 Mac ini.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live