Pergi Haji Ketika Hamil Indah & Menyenangkan - Oki Setiana Dewi

Kamaruddin Razal
September 11, 2017 10:05 MYT
Bekas juri Gema Gegar Vaganza, Oki Setiana Dewi berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah haji ketika sedang sarat hamil.
Pelakon terkenal Indonesia ini mencoretkan memori indah tersebut di laman Instagram miliknya, @okisetianadewi.
"Pergi haji saat mengandung indah dan menyenangkan.
Fikiran itu yang saya bawa saat hendak meninggalkan Indonesia dan Alhamdulillah hingga saat kembali ke tanah air.
Saya mengetahui kondisi tubuh saya sendiri dan tentunya setelah doktor mengizinkan. Apa yang saya bayangkan?
Saat panas hari harus berjalan jauh, saya bayangkan Siti Maryam saat mengandung nabi Isa as. Beliau sendiri! Tak dibantu siapapun! Dalam keadaan haus dan lapar. Sedangkan saya? Ada suami dan jemaah lain yang senantiasa bersama. Makanan pun melimpah ruah.
Saya bayangkan Asma binti Abu Bakr, yang dalam keadaan hamil tua berulang alik mendaki Gua Tsur yang tinggi dan curam untuk memberi makan ayah dan Nabi Muhammad saat mereka sedang bersembunyi. Sedangkn saya? Semua jalan lurus-lurus saja. Kalau mendaki pun biasanya ada tangga.
Saya bayangkan Siti Hajar berulang alik sendirian jalan kaki dari Shofwa dan Marwa. Sedangkan saya, malunya, kerusi roda tersedia di mana-mana untuk mereka yang memerlukan.
Rasanya tak patut bagi saya menjadikan 'alasan kehamilan' saya yang insya-Allah saya rasakan sihat ini menjadi alasan untuk tak berhaji.
Rangkaian ibadah haji ini pun saya rasakan sebagai penghambaan, kesungguhan dan keberserahan... Maka di akhir kepulangan saya menuju Indonesia, saya hanya berharap dengan segala keterbatasan fizik dan pemahaman, semoga Allah anugerahi haji yang mabrur..
Dan anak ini... Semoga kelak menjadi cerita indah untuknya. Bahawa ibunya dan dia pernah bersama-sama dalam rangkaian ibadah yang indah ini. Pernah saling menguatkan dan saling menyabarkan dalam meniti jalan keimanan. semoga terus seperti itu ya, Nak!
10 September 2017 #RenunganHaji #DiaryHaji #Hajj2017," tulis Oki.
Rata-rata pengikut dan peminat Oki memuji kesungguhan pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih ini dan menyifatkan Oki sebagai seorang wanita kuat.
Peminat juga mendoakan agar kandungan Oki dalam keadaan baik.
Oki mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Maryam, 3 dan Khaadejah, 1.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @okisetianadewi.
#pelakon #Pelakon #Oki Setiana Dewi