Penyanyi Daiyan Trisha mencuri perhatian ramai apabila pergi menonton konsert kumpulan Coldplay di London bersama aktor Aedy Ashraf.

Menurut Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, dia meluahkan rasa gembira dapat menyaksikan konsert tersebut kerana sudah lama meminati kumpulan ternama yang diketuai oleh Chris Martin itu.

I love you so much @coldplay. Terima kasih untuk pengalaman yang penuh magik ini. Muzik awak membantu hati saya sembuh dan bersyukur saya dapat menikmati momen ini. Saya sangat gembira, alhamdulillah,” tulis Daiyan di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, pelantun lagu Penat itu memuat naik video-video sewaktu konsert serta sekeping foto bersama Aedy.

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


Sementara itu di ruangan kapsyen, rata-rata wargamaya terkejut melihat foto kedua pelakon tersebut dan beranggapan selayaknya pasangan serasi itu bersama.

Dalam pada itu, ada yang turut mencadangkan agar pasangan itu segera berkahwin.

“Kahwin je la korang ni aduh comel betul la,” cadang seorang wargamaya.

“Comelll gambar last,” komen seorang wargamaya.

“Aww last pic! Mak sangat love both of you. Take care there,” kata seorang wargamaya.

“Wow means selama ni fans kena game ke dengan Aedy yang propose Amelia tu? Gilalah Aedy ni,” tanya seorang wargamaya.

“Anak Malaysia budaya barat. Bila Aedy nak melamar you Daiyan?” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.