Penyanyi Adibah Noor menyelar tindakan individu yang tidak bertanggungjawab melanggar prosedur operasi standard (SOP) di restoran apabila duduk di meja melebihi dua orang.

Menurut Adibah sepatutnya SOP yang diberikan sudah jelas dan perlu dipatuhi.

“Dah orang kata kalau nak makan luar, satu meja 2 orang... yang kome fefeeling entitled tu pergi makan ramai-ramai satu meja DAH KENAPA????

“Bila orang salahkan kita punca spread Covid-19 marah kan??,” tegasnya.

Pelantun lagu Terlalu Istimewa itu meluahkan rasa kesal tersebut di akaun Twitter miliknya.

Pun begitu, Adibah tidak mendedahkan siapa individu yang dimaksudkan.
Semalam, pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raisuddin masing-masing didenda RM1,000 seorang selepas didapati melanggar SOP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran, Lipis Pahang pada Jumaat.

Difahamkan pasangan tersebut berhenti makan di restoran tersebut ketika perjalanan ke Kelantan sempena pelancaran pembukaan cawangan kedai minuman dan pencuci mulut mereka di sana.