Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Periksa Dahulu...” - Scammer Makin Ramai, Dr Izzar Kongsi Panduan Beli Sanitizer

Mya Amri
30/03/2020 11:48 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari berkongsi panduan membeli hand sanitizer.

Izzar berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Izzar, panduan itu diberikan agar pengguna tidak tertipu dengan ‘scammer’ yang semakin menjadi-jadi sejak penularan wabak COVID-19.

“Mencuci tangan dengan air dan sabun adalah LEBIH EFEKTIF daripada menggunakan hand sanitizer kerana hand sanitizer tidak dapat membunuh kuman2 tertentu (Cryptosprodium, norovirus, Clostridium difficile).

“Hand sanitizer tu pun kenalah menggunakan jumlah yang cukup banyaknya dan jangan lap sanitizer tu pula.

“Biar dia kering sendiri di tangan. Baru efektif kalau cara penggunaan betul.



“Sanitizer dengan alcohol concentration 60-95% adalah lebih efektif dalam membasmi kuman daripada sanitizer yang kurang 60% alkohol atau non-alcohol-based sanitizers.

“Sanitizer yang kurang 60% alkohol tu: Tak berkesan untuk banyak kuman. Hanya mengurangkan pertumbuhan kuman dan TIDAK membunuh kuman pun.

“Satu lagi, dengan keadaan sekarang ni makin ramai scammer muncul menjual HAND SANITIZER PALSU.

“Sebab itu hand sanitizer/disinfectant yang legit sepatutnya ada nombor notifikasi (NOT) atau nombor pendaftaran (MAL).

“Nombor NOT / MAL ni dikeluarkan oleh NPRA. Saya ada cerita pasal nombor NPRA ni pada post2 lepas.

“Jadi, periksa dahulu nombor NOT / MAL ada ke tak kat produk tu. Nak semak no. NOT / MAL ni pula boleh check kat app NPRA Product Status. No pendaftaran ubat pun boleh check kat situ.

“So, yang nak disampaikan ialah:

“Mencuci tangan dengan sabun dan air lagi bagus. Kalau air + sabun tiada baru guna hand sanitizer.

“Beli hand sanitizer yang alcohol concentration 60% ke atas.

“Beli hand sanitizer yang ada nombor NOT(hand sanitizer) / MAL (disinfectant) dari NPRA SAHAJA!. Check app tu.

“Harap2 korang faham dan tak discam oleh scammers,” tulisnya.

Kita sebenarnya amat digalakkan untuk mencuci tangan dengan sabun dan air bila ada peluang sebab mencuci tangan dapat membunuh/mengurangkan jumlah kuman (bakteria, virus, fungus), dan juga bahan kimia di tapak tangan. ? . Tapi jika sabun dan air TIADA, penggunaan hand sanitizer dapat mencegah anda daripada mendapat penyakit dan menyebar penyakit juga. ? . Mencuci tangan dengan air dan sabun adalah LEBIH EFEKTIF daripada menggunakan hand sanitizer kerana hand sanitizer tidak dapat membunuh kuman2 tertentu (Cryptosprodium, norovirus, Clostridium difficile). . Hand sanitizer tu pun kenala menggunakan jumlah yang cukup banyaknya dan jangan lap sanitizer tu pula. Biar dia kering sendiri di tangan. Baru efektif kalau cara penggunaan betul.? . Tangan juga akan berminyak atau kotor, contohnya selepas makan dengan tangan, bersukan, berkebun, atau memasak. Dalam keadaan macam ni, hand sanitizer mungkin tak berfungsi sangat. Adalah LEBIH DIGALAKKAN untuk mencuci dengan air dan sabun.?? . Sanitizer dengan alcohol concentration 60-95% adalah lebih efektif dalam membasmi kuman daripada sanitizer yang kurang 60% alkohol atau non-alcohol-based sanitizers. Sanitizer yang kurang 60% alkohol tu: ❌ Tak berkesan untuk banyak kuman ❌ Hanya mengurangkan pertumbuhan kuman dan TIDAK membunuh kuman pun.? . Satu lagi, dengan keadaan sekarang ni makin ramai scammer muncul menjual HAND SANITIZER PALSU. Sebab itu hand sanitizer/disinfectant yang legit sepatutnya ada nombor notifikasi (NOT) atau nombor pendaftaran (MAL). Nombor NOT / MAL ni dikeluarkan oleh NPRA. Saya ada cerita pasal nombor NPRA ni pada post2 lepas. Jadi, periksa dahulu nombor NOT / MAL ada ke tak kat produk tu. Nak semak no. NOT / MAL ni pula boleh check kat app NPRA Product Status. No pendaftaran ubat pun boleh check kat situ. ? . So, yang nak disampaikan ialah: 1️⃣ Mencuci tangan dengan sabun dan air lagi bagus. Kalau air + sabun tiada baru guna hand sanitizer. 2️⃣ Beli hand sanitizer yang alcohol concentration 60% ke atas 3️⃣ Beli hand sanitizer yang ada nombor NOT(hand sanitizer) / MAL (disinfectant) dari NPRA SAHAJA!. Check app tu . Harap2 korang faham dan tak discam oleh scammers ? #drizzarshares ?: @cdcgov

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on


Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Dr. Izzar #COVID-19