Berita

“Perjalanan Agak Menakutkan, Tak Pernah Seumur Hidup…”- Perlu Kuarantin 28 Hari, Rem Akui Tak Sabar Nak Berjumpa Ibu

gempak
Syafiqah Jalal
22/05/2020
06:30 MYT
Sponsor Banner
“Perjalanan Agak Menakutkan, Tak Pernah Seumur Hidup…”- Perlu Kuarantin 28 Hari, Rem Akui Tak Sabar Nak Berjumpa Ibu
Penyanyi yang popular pada era 90-an, Rem akui dia terpaksa pulang ke Kuching, Sarawak selepas ibunya, Habibah Abu Seman, 74, dikhabarkan jatuh sakit minggu lalu.
Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 45, berkata jantung ibunya sangat lemah dan keadaan kesihatannya amat membimbangkan.
BACA: Atas Urusan Keluarga, Rem Terpaksa Pulang Ke Sarawak Tapi Tibanya Di Kampung...
“Saya sangat bimbang selepas mendapat tahu ibu saya jatuh sakit dan difahamkan jatungnya sangat lemah kerana dia mempunyai penyakit jatung.
“Saya tahu keadaannya sebelum ini dan saya tidak boleh menunggu lama lagi dan mahu sangat berjumpa dengan ibu, lebih-lebih lagi dia memberitahu terlalu merindui saya dan mahu sangat berjumpa.
“Jadi, saya ke balai polis untuk membuat permohonan merentas negeri. Pun begitu saya melalui pelbagai proses kerana mereka tidak sewenang-wenangnya melepaskan sesiapa untuk merentas negeri jika tiada alasan yang kukuh.
“Alhamdulilah permohonan saya diluluskan dan saya dibenarkan pulang ke Kuching pada 19 Mei lalu,” katanya kepada Gempak.
Pun begitu, Rem mendedahkan perjalanannya untuk bertemu ibunya, yang jatuh sakit di Kuching, Sarawak sangat mencabar dan menakutkan.
Rem yang popular dengan lagu Semu Orang Tahu itu berkata dia melalui pelbagai prosedur dan SOP (Prosedur Operasi Standard) sejak 19 Mei lalu dan kini ditempatkan di sebuah Hotel di Kuching.
“Perjalanannya agak menakutkan, tak pernah seumur hidup saya melihat keadaan di lapangan terbang yang agak sunyi dan semua orang dilihat seperti dalam keadaan ketakutan.
“Sampai sahaja di pintu lapangan terbang itu saya diminta menunjukkan surat perlepasan dari balai polis dan ditanya dengan pelbagai soalan. Sesiapa tidak dibenarkan masuk jika tidak mempunyai surat tersebut.
“Sampai juga di lapangan terbang Kuching, saya ditemu bual dengan pelbagai soalan serta diminta mengisi borang lagi.
“Selepas itu saya dibawa menaiki bas untuk ke hotel yang disediakan,” jelasnya lagi.
Kata Rem lagi dia perlu melalui saringan COVID-19 dan dijangka dikuarantin sehingga 28 hari.
“Agak sedih juga, kerana saya masih tidak dapat berjumpa dengan ibu dan perlu dikuarantin sehingga 28 hari.
“Tapi demi kebaikan bersama saya terpaska mengikut segala prosedur yang ditetapkan.
“Selepas dikuarantin sehingga 1 Jun ini, saya perlu kuarantinkan diri saya di sebuah apartment lain untuk tempoh 14 hari lagi iaitu selepas keputusan COVID-19 keluar dan menunjukkan saya positif.
“Apa-apa pun saya cuba berfikiran positif dengan apa yang berlaku. Ia pasti ada hikmah,” katanya lagi. Mengenai perkembangan seni, Rem dalam proses menghasilkan single terbaharunya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live