Hiburan
Perjalanan & Kemanisan Intan Najuwa Sepanjang Jadi Ibu - “Sama Ada Bersalin Secara Normal Atau Melalui Pembedahan, Kita Semua…”
Hampir sebulan berlalu, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi kemanisan bergelar seorang ibu kepada anak perempuannya yang bernama Imane Lunara.
Pengorbanan & perjalanan
Melalui pengalaman bersalin yang agak menakutkan, Intan bagaimanapun menganggap ia satu pengorbanan dan perjalanan menjadi ibu yang sangat indah.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Luah Rasa Kesal, Ramai Kaum Wanita & Ibu Kritik Penampilannya - “Kenapa Muka Sembab? Kenapa Perut Masih Kembung Macam…”
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Jaga Batas Di Set Penggambaran, Intan Najuwa ‘Friendzone’ Pelakon Berstatus Suami - “Sebab Saya Dah Tahu Dia Punya Sejarah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Pertikai Intan Najuwa Bersalin Secara ‘Czer’, Fatin Afeefa Tampil Pertahankan - “Bukan Dia Nak Tapi…”
“Melihat kembali pengalaman bersalin, ia agak menakutkan kerana saya melalui kesakitan yang sangat hebat. Tetapi itulah pengorbanan dan perjalanan menjadi seorang ibu yang begitu indah.
“Sama ada bersalin secara normal atau melalui pembedahan, kita semua adalah ibu yang kuat. Kekal positif dan ingat semua ibu di dunia ini sangat hebat.
“Kini, saya benar-benar memahami manisnya menjadi seorang ibu,” kongsinya.
Syukur pemilihan doktor
Dalam pada itu, Intan turut meluahkan rasa syukur apabila memilih doktor yang terbaik iaitu Dr Seri Suniza untuk melahirkan cahaya mata pertamanya.
“Satu perkara yang saya sangat bersyukur ialah Dr Seri Suniza menjalankan tugas yang luar biasa dengan jahitan pembedahan yang sangat cepat sembuh iaitu kurang daripada dua minggu.
“Malah ia juga begitu kemas sehingga saya langsung tidak dapat melihatnya. Beliau adalah doktor terbaik dan keputusan saya memilih beliau untuk menyambut kelahiran anak adalah yang terbaik.
“Dr Seri seorang pakar dan sangat tenang sepanjang pembedahan. Jika saya ada bersalin lagi, saya pasti mahu beliau menjadi doktor saya sekali lagi.
“Beliau telah menjaga dan memastikan saya dalam keadaan baik sepanjang kehamilan, sehingga saat saya bersalin. Saya rasa sangat selesa dengan kehadirannya dan tahu saya berada dalam tangan yang baik. Sayang awak Dr Seri,” katanya lagi.
Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf yang merupakan ahli perniagaan pada 18 Ogos 2023 dan melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 15 Disember tahun lalu.