Hiburan
Mahu Jaga Batas Di Set Penggambaran, Intan Najuwa ‘Friendzone’ Pelakon Berstatus Suami - “Sebab Saya Dah Tahu Dia Punya Sejarah…”
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia sentiasa menjaga batas pergaulan ketika di set penggambaran terutama dengan pelakon lelaki yang sudah berkahwin.
Jaga batas
Menerusi perkongsian video di TikTok, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata dia akan menjadikan aktor itu sebagai kawan sebaik sahaja mereka memulakan penggambaran.
“Saya memang betul-betul jaga sebab saya dah tahu dia punya sejarah macam itu (curang) dan kita pun tahu dia ada isteri.
“Saya ini kalau bekerjasama dengan pelakon lelaki terutama yang saya tahu dia dah ada isteri, awal-awal masuk set, saya terus akan ‘friendzone’ kan,” katanya.
Tak manja
Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada cahaya mata perempuan itu turut mengakui dia memiliki personaliti yang agak kasar.
“Tak ada manja-manja, sebab saya seorang yang kasar. Terutama suami orang. Bahaya,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pelakon berusia 27 tahun itu yang pandai menjaga maruah sebagai seorang wanita dan isteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Pertikai Intan Najuwa Bersalin Secara ‘Czer’, Fatin Afeefa Tampil Pertahankan - “Bukan Dia Nak Tapi…”
@inayahbeautytrading Bahayakan zaman skrg ni?#intannajuwa #datinintannajuwa #fattahamin #anandanatasha #fattasha #silentsupportsekufu #lovesekufu #fyp #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop ♬ Dj Jalan Pargoy X Goyang Jaypong - DJ MIFTAH
Must-Watch Video