Hiburan

Perkahwinan Kakak Didakwa Menyerupai Cara Kristian, Ini Respon Ummi Nazeera

gempak
Asraf Aided
09/07/2019
07:10 MYT
Sponsor Banner
Perkahwinan Kakak Didakwa Menyerupai Cara Kristian, Ini Respon Ummi Nazeera
Pelakon popular, Ummi Nazeera berkongsi foto sekitar majlis akad nikah kakaknya, Ain Khani yang berlangsung pada Jumaat minggu lalu.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menerusi entri terbabit, Ummi tidak bersetuju dengan pendapat segelintir pihak yang mengatakan majlis itu menyerupai agama Kristian.
"My sister, Ain Khani kahwin last Friday..and this photo is going around.
"A lot of positive I heard..but ada juga yang cakap macam Christian. Come on la Malaysians. Nonsense sangat," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Ummi turut mengucapkan tahniah kepada kakaknya itu.
"It was a beautiful and emotional wedding. Congratulations Ain, pilihan mak ayah ni Insya-Allah bahagia dunia akhirat," tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Ummi memberi pendapat masing-masing, rata-rata mereka turut tidak bersetuju dengan dakwaan terbabit.
Difahamkan, suami kepada Ain merupakan seorang ustaz dan juga seorang penyampai di stesen radio Islamik tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024