Juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae mengambil pendekatan sewajarnya untuk tidak terlalu ghairah menggunakan media sosial.
Malah kata Shaza, 24, media sosial memberikan impak dalam kehidupan harian individu masa kini.
"Saya sangat menjaga media sosial saya dan sekiranya ada perkara yang betul-betul peribadi saya tak akan post walaupun untuk 'closed friend'.
"Ia memberikan impak yang sangat besar kepada diri sendiri walaupun perkara itu sangat ringan misalnya tanya 'nak makan mana?' atau muat naik gambar bersama kekasih.
"Jadi, saya sendiri yang perlu menjaga dan mengawal agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini berpunca daripada media sosial," katanya.
Akui Shaza, dalam dunia serba canggih, kesilapan kecil di media sosial akan merisikokan kehidupan dan kerjaya sendiri.
"Ya, memang nampak remeh tetapi orang selalu dengki dan memerhatikan kita. Jadi kitalah yang perlu bijak untuk berkongsi apa-apa di media sosial.
"Namun, seandainya perkara buruk terjadi saya tidak akan berdiam diri dan akan tampil ke hadapan untuk memberikan keterangan," tambahnya.
Shaza dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019 dan memenangi wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Shaza berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Syamira Izzati dan Shatirah Amanda.
Amri Hassan
Wed Dec 18 2019


Adakah Neelofa Tetap Akan Sorok Wajah Anak Keduanya Kelak? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan: “Bukan Nak Buat Content…”
Neelofa tak sorok anak

PU Syed Persoal 'Acara Gelek' Ifa Raziah, Kak KM: “Bagaimana Status Rezeki Yang Terbit Dari Usaha Yang Haram...?”
PU Syed tegur Ifa, Kak KM

Tunang Shuib, Watie Selesai Kursus Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."
Watie dakwa dia peserta tertua pergi kursus kahwin

KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Syarikat Milik Selebriti Pertama Mengendalikan Taman Tema
Menarik untuk dikungjungi satu family!

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat