Perkenal Nama Anak Ketiga, Almy Nadia Bakal Dedah Wajah Anak Hari Ke 44

Syafiqah Jalal
Disember 22, 2018 04:29 MYT
Sempena hari ketujuh kelahiran anak ketiga, pelakon Datin Almy Nadia memperkenalkan nama bayi perempuannya itu.
Diberi nama Nurafrina Ayra, Almy mengumumkan nama anaknya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Almy, dia bakal mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum selepas 44 hari berpantang nanti.
“Alhamdulillah harini genap hari ke 7 my little princess... jadi dikesempatan harini hari ke 7.. sy perkenalkan dulu namanya yer ... NAMA- NURAFRINA AYRA Tarikh lahir - 15/12/2018.
“Ok done .... pic penuh sy akan diupload oleh mama @ papa lps 44hari pantang... jd uncle n aunty sabar dan jgn dok nak kecam2 bagai k... sabar @fizzfairuzofficial , tulisnya di IG.
Menerusi entri yang sama Almy memuat naik foto bayinya yang hanya menampkan badan dan tangannya tanpa mendedahkan wajah.
Rata-rata tetap memuji kecomelan anaknya dan tidak sabar hendak menanti gambar penuh bayi tersebut.
Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.
#pelakon #Anak #Fizz Fairuz #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia