Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

Firdaus
23/07/2024 01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.

Dilihat Mesra

Menerusi entri tersebut, dapat dilihat beberapa keping gambar memaparkan Nina kelihatan mesra bersama lelaki tersebut.

Tahniah Nina...

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada Nina dan Hafiz.



Bagaimanapun tiada sebarang informasi tentang status sebenar perhubungan personaliti itu dengan lelaki berkenaan.

BERITA TRENDING:Lelaki Kacak Disamping Nina Ismail Sabri Curi Perhatian, Ramai Rakan Ucap Tahniah

BERITA TRENDING:Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

BERITA TRENDING:Selepas 17 Tahun, Ini Sebab Jovian Mandagie Hentikan Operasi Jenama Fesyen - "Saya Mula Sedar Bahawa..."

BERITA TRENDING:Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”

Sekadar info, sebelum ini Nina pernah memuat naik bersama Hafiz yang membuatkan ramai pihak mendakwa bahawa mereka sedang bercinta.

Imbas kembali, Jovian dan Nina pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

#Kahwin #Netizen #Selebriti #Tunang #Hafiz #Nina Ismail Sabri #Jovian