Dengan hanya makan nasi sebanyak dua sudu besar pun sudah kenyang?

Itulah yang boleh digambarkan menerusi perkongsian pelakon Sherry Ibrahim di laman Instastory miliknya baru-baru ini.

Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik, Sherry memaklumkan dia mahu kembali melakukan aktiviti senaman selepas seminggu mengalami masalah kesihatan iaitu demam.

“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.

“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry secara ringkas.

Dalam video sama, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim turut berkongsi menu makanan yang diambil sebagai juadah tengah harinya iaitu nasi putih dan lauk daging kunyit.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah kuantiti nasi yang diambil aktres berusia 41 tahun itu.

Menerusi pemerhatian, kuantiti nasi putih yang diambil hanya sedikit sahaja memandangkan ia kelihatan seperti tidak luak.

Malah, menerusi satu lagi siri hantaran, pelakon yang popular menerusi drama Dunia Baru itu berkata, dengan pengambilan dua sudu nasi tersebut sudah membuatnya berasa kenyang.

BACA SINI: “Itu Gambar Lama Terima Kasih Doakan, Saya Okay..." - Sherry Ibrahim Nafi Sakit