Laman Utama

“Itu Gambar Lama Terima Kasih Doakan, Saya Okay..." - Sherry Ibrahim Nafi Sakit

gempak
Mya Amri
27/05/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
“Itu Gambar Lama Terima Kasih Doakan, Saya Okay..." - Sherry Ibrahim Nafi Sakit
Pelakon, Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan sihat.
Menurut Sherry, keratan artikel yang memaparkan gambar wajahnya dalam keadaan pucat itu hanyalah gambar lama.
“Terima kasih untuk semua doa anda, saya okay. Jangan judge. Itu gambar lama dan dorang membuat perbandingan dengan gambar yang masa tu solekan saya buruk, saya tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama berjam-jam.
“Jadi banyak benda yang membuatkan saya lemau. Saya sihat sahaja. Saya sayang anda semua,” ujarnya menerusi video pendek yang dimuat naik di ruangan Insta Story miliknya.
Dalam pada itu, Sherry juga dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan doa dan juga kata-kata semangat.
“Sherry tidak sakit. Terima kasih yang mendoakan. Terima kasih untuk kata-kata yang yang baik. Sentiasa doakan yang baik-baik untuk semua,” coretnya.
Terdahulu, Sherry menjadi tular apabila foto yang merakamkan wajahnya kelihatan pucat serta perubahan bentuk badan yang semakin susut membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai status kesihatan aktres cantik ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live