Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal disiarkan Secara Tidak Sengaja”- RTM

Awani
02/08/2024 01:50 MYT
Perlawanan badminton perseorangan lelaki peringkat kumpulan antara atlet Israel dan Nepal disiarkan secara tidak sengaja dalam tempoh kurang daripada lima minit di Saluran Olimpik 4 RTMKlik pada malam Rabu lepas.


Mohon maaf

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman dalam kenyataan tengah malam tadi bagaimanapun berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil tindakan segera dengan menukar siaran ke acara lain iaitu bola baling.

RTM selaku Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 menyiarkan perlawanan Lee Zii Jia secara langsung di Saluran Okey pada 8.50 malam hingga 9.30 malam, 31 Julai (MyTV, Astro RTMKLIK).

"RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui Saluran TV Okey dan Saluran Sukan serta enam saluran khas di RTMKlik bagi memenuhi hasrat rakyat Malaysia yang mahu merasai kehangatan Sukan Olimpik lebih dekat bermula 27 Julai lepas hingga 12 Ogos," katanya.

Petang semalam Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah meminta RTM untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan tiada siaran langsung aksi pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Tewas Bermaruah & Buat Pemain Korea Selatan Lap Air Mata, Goh Jin Wei Pejuang Sejati

​BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Lawan Pedang Mesir Rupanya Hamil Tujuh Bulan – “Kali Ini Saya Bawa Peserta Olimpik Kecil”

​BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Selepas Kalahkan Israel, Atlet Judo Tajikistan Jerit Allahu Akbar!

​BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia

Ia susulan seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM sebagai badan penyiaran nasional tidak menyiarkan aksi Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, sebaliknya menyiarkan perlawanan antara atlet Israel Misa Zilberman dan atlet Nepal Prince Dahal.

Sumber: Astro Awani

#badminton #RTM #Israel #Nepal #Paris #Olimpik #2024