Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Perlu Ke Nak 'Up' Isu Ni?”- Bangkitkan Isu Fizi Ali & DJ Lin, Ajak Minta Shahrol Shiro Tidak Melaga-Lagakan

Syafiqah Jalal
03/08/2022 01:18 MYT
Tindakan pelawak Shahrol Shiro membangkitkan isu penyampai DJ Lin terkilan dengan keputusan Fizi Ali yang berhenti dari sebuah stesen radio untuk ke sebuah stesen radio lain pada saat-saat akhir telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan banyak pihak.

Shahrol meluahkan pandangan serta pendapat peribadinya sebagai penyampai yang juga sebelum ini pernah bertugas di stesten radio yang sama dengan Fizi itu di akaun Instagram miliknya.

BACA: “Datang & Pergi Penyampai Dari Sesebuah Stesen Radio Itu Lumrah”- Shahrol Shiro

Kemas kini itu, bukan sahaja mengundang komen dari netizen, malah rakan yang pernah bersamanya dalam kumpulan Shiro ketika program Raja Lawak sebelum ini iaitu Ajak.

Menurut Ajak yang kini masih bertugas di stesen radio yang sama dengan DJ Lin, Shahrol tidak sepatutnya membangkitkan isu berkenaan kerana dilihat seperti cuba hendak melaga-lagakan dua pihak berkenaan.

“Awak ni bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Hakikatnya tak bergaduh pun? Perlu ke nak isu ini? Perlukan spotlight ke?

“Buat benda yang lebih berkualiti… lebih menyatupadukan…bukan melaga-lagakan.. Hakikatnya semua kawan. Kalau awak ada anggap musuh, biar sendiri tak perlu ajak kawan,” komennya.



Bagaimanapun, Shahrol tidak berdiam diri malah membalas komen berkenaan.

Kata Shahrol dia bersuara untuk rakan-rakannya yang ditindas dan dalam masa yang sama mendedahkan cerita penarikan dirinya dari stesten radio berkenaan.

“Saya tak perlukan lagi spotlight sahabat. Saya bersuara apabila melihat perkara yang menindas sahabat saya seperti ayng yang pernah ditindas sewaktu kerajaan dahulu sehingga kumpulan terpaksa minta maaf secara terbuka.

“Apa yang berlaku di sana ada hikmah buat saya mengundurkan diri dan diberi kebahagian seperti sekarang, hikmah buat kamu menggantikan saya di sana memberi rezeki kamu sekeluarga.

“Jangan risau kalau kamu ditindas 10 kali lagi saya bangkit bersama kamu sahabat,” jawabnya.



Namun komen mereka itu telah dipadamkan dari posting berkenaan.

Perbalahan mereka membuatkan netizen mula persoal adakah mereka tidak lagi bersama.

“Nak tanya kalau masih ada lagi Maharaja Lawak korang masih nak bergabung ke? Ke Shiro dah berpecah?” persoal salah seorang netizen.
#Penyampai radio #Ajak Shiro #Shahrol Shiro #DJ Lin #Ajak #Fizi Ali #Gaduh #Balah
;