Laman Utama

Pernafasan Aishah Semakin Stabil, Tetapi Masih Dirawat Kerana Jangkitan Kuman

Fiza Kamarudin
05/09/2021
06:28 MYT
Keadaan terkini penyanyi Janji Manismu, Aishah dilaporkan semakin stabil namun masih dirawat di Hospital Ampang kerana jangkitan kuman.
Perkembangan terkini Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin itu dikongsikan kelab peminatnya menerusi akaun Instagram aishahfcff_official.
Menurut kenyataan pada hantaran yang dimuat naik Sabtu, hasil imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati penyanyi, Aishah mengalami jangkitan kuman.
Aishah juga masih meneruskan pengambilan antibiotik untuk merawat jangkitan yang dialaminya.
Namun, kesihatannya disahkan bertambah baik dan tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
Aishah pada 30 Ogos lalu mengesahkan dirinya positif COVID-19, selepas menjalani ujian COVID-19, sehari sebelumnya.
Beliau melakukan ujian Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta, dan disarankan doktor untuk segera ke hospital mendapatkan rawatan berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Berita

Vape Dijual Guna Vending Machine, KKM Ambil Tindakan

gempak
12/07/2024
11:55 MYT
Sebuah pusat beli-belah di ibu negara diarah menghentikan operasi penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri (vending machine).
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.