Bekas isteri Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin mendedahkan sikap bekas mertuanya sebelum ini yang membuatkannya lebih semangat untuk berjaya.

Menurut Dr. Erin bekas mertuanya merendah-rendahkan dirinya hanya kerana dia berasal dari keluarga yang sederhana.

“Pernah bekas mertua cakap kat saya dia risau cucu-cucu dia tinggal dengan saya sebab saya dari keluarga biasa..

“Bekas menantu sulung dia anak Datuk tak apa lah cerai pun boleh jaga elok cucu-cucu dia..” katanya.

Dr. Erin mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dia berkongsi kisah tersebut untuk menunjukkan contoh bagaimana dia mula berniaga.

Kata Dr. Erin dia mula bangkit selepas kata-kata tersebut dan berjaya membuktikan dia boleh menyara hidup anak-anaknya.

“Tu pun jadi satu lagi tali untuk saya bangun. Saya berjaya buktikan tanpa anak dia dan duit 1 sen dari mereka, anak-anak saya hidup mewah lebih dari cucu-cucu datuk tu..

“Pendek kata apa saja hinaan kejian orang saya akan ambil jadi kayu api yang membakar semangat saya utk jadi lebih baik dari apa yang orang kata,” katanya lagi.

Pun begitu, Dr. Erin memberitahu dia tidak pernah menyimpan dendam.

“Saya selalu tanam dalam diri jangan jadikan dendam sebagai api dalam sekam tapi biarlah ianya menjadi kayu api yang marak membakar menerangi dan memanaskan suasana dan akhirnya menjadi arang yang tetap boleh diguna pakai lagi dan kekal utuh walaupun sekian lama dibiarkan..

“Walaupun di pandang hitam tapi banyak kebaikan dan kegunaan bagi orang-orang yang tahu..

“Hidup ni mudah tapi kita sendiri yang suka susahkan.. Hidup la macam besi tak kan ada apa-apa boleh hancurkan besi melainkan karat dia sendiri..

“Sama macam kita pemikiran kita yang negatif akan jadi karat pada diri sendiri yang boleh hancurkan kita,” katanya lagi.


Sebelum berkahwin dengan Da’I Farhan, Dr. Erin pernah dua kali berkahwin dan menjadi ibu tunggal kepada 8 orang anak.

Dr Erin sebelum ini mendakwa sudah diceraikan pada 27 April 2020 oleh Da’I Farhan.

BACA: "Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir

Kisah hubungan pasangan tersebut mula mencuri tumpuan apabila Da'i Farhan mengakui membuat keputusan untuk berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah selepas didatangi 18 wanita.

Ia menjadi hangat apabila Da'i Farhan dilaporkan sanggup menceraikan isterinya, Fatin Nurul Ain.