HIBURAN
Pernah Bercinta Dengan Penyanyi, Zeera Aziz Tak Simpan Dendam Lepas Berpisah - “Saya Gembira Dengan Kejayaan Yang…”
Pernah bercinta dengan seorang penyanyi, pelakon, Zeera Azizi bagaimanapun menganggap hubungan bersama bekas kekasihnya itu tidak mempunyai jodoh yang panjang.
Malah Zeera mengakui mereka berdua sudah ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya.
“Bagi saya, kalau tak ada jodoh dan berapa lama kita dengan orang tu tetap bukan jodoh kita.
“Kami pun sama sama sudah move on untuk kehidupan masing masing. Kami hanya mendoakan yang terbaik untuk masing masing,” katanya kepada Gempak.
Zeera berkata demikian ketika ditemui di Majlis Persandingan Neera Azizi dan Muhammad Hafizi yang berlangsung di Magica Subang Hall, Subang Impian, Shah Alam pada Sabtu.
Pada masa sama, kakak kepada Neera Azizi turut meluahkan rasa gembira melihat kejayaan yang diraih oleh bekas kekasihnya pada ketika ini.
“Saya turut gembira dengan kejayaan yang dia perolehi dan saya percaya dia juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri saya juga.
“Apa apa pun, yang dah lepas biarlah lepas. Hidup kena sentiasa move on dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk each other,” kongsinya.
Ketika ditanya mengenai hubungan mereka selepas berpisah, Zeera menjelaskan mereka tidak pernah bermusuhan, sebaliknya memilih untuk fokus kepada kerjaya masing-masing.
“Try to avoid tu tidak ada tapi itulah kami tiada jodoh jadi masing-masing fokus karier masing masing. Kami tidaklah bermusuh disebabkan putus hubungan itu,” jelasnya.
BERITA BERKAITAN: Isu Kabin Kru, Zeera Azizi Beri Nasihat - “Sebelum Bercakap Kena Berfikir Sama Ada Perkataan Itu Buat Orang Terasa Atau Tidak”
BERITA BERKAITAN: [VIDEO] Netizen Cemburu Ariel Bagi 3 Tiket ‘Guest’ Konsert Noah Kepada Finalis Dewi Remaja - “Macam Mana Boleh Dapat? Adakah Sebab You…”
BERITA BERKAITAN: #GempakVideoNews : Isu Kabin Kru, Zeera Azizi Beri Nasihat - “Sebelum Bercakap Kena Fikir Sama Ada…”
Must-Watch Video