Hiburan

Pernah Berkawan Rapat, Fify Azmi Akui Sudah Unfollow Syazwan Zulkifly - “Kami Tak Gaduh, Cuma...”

gempak
Umirah Halim
30/05/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Berkawan Rapat, Fify Azmi Akui Sudah Unfollow Syazwan Zulkifly - “Kami Tak Gaduh, Cuma...”
Pelakon, Fify Azmi memaklumkan bahawa dia memilih untuk tidak lagi mengikuti aktor, Syazwan Zulkifly di media sosial walaupun pernah berkawan rapat.
Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 34, berkata perkara itu dilakukan selepas mengetahui status aktor berkenaan yang dipercayai sudah berpunya.

Teman rapat sahaja

Bagaimanapun, Fify menegaskan hubungannya dengan aktor Syazwan Zulkifly tidak lebih sekadar rakan biasa.
"Kami pernah rapat tapi tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya," katanya ketika ditemui Gempak.
Selain itu, Fify juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia memilih untuk tidak mengikuti aktor tersebut atas alasan sedang bergaduh.
"Itu salah! Itu sebab saya tidak dengan dia tapi kami mash berkawan dan lepak bersama," katanya ketika ditemui Gempak.
Menurut Fify, tindakan tersebut diambil selepas rasa terganggu dengan aktor berkenaan yang sentiasa mahu mendekatinya.
Katanya dia lebih selesa berkawan dengan seseorang yang berterus terang mengenai status dirinya.
"Saya akan unfollow kalau dia masih nak cuba (mengurat) saya... yang tak sedar lebih baik unfollow.
"Saya suka orang yang berterus terang yang dia sudah berpunya tapi saya dengan dia okay saja tidak ada masalah," kongsinya.
Dalam pada itu, Fify berkata akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup malah akan memeriksa latar belakang mereka terlebih dahulu.
Jelasnya ini merupakan pengalaman baharu buat dirinya memandangkan bekas kekashnya tidak pernah berkelakuan seperti ini.
Saya tak pernah tutup pintu hati cuma saya tiada masa fikir fasal bercinta.
"Lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik.
"Bila datang kepada benda yang tak pernah saya alami saya akan periksa," ujarnya.
Bagaimanapun dia tidak pernah serik untuk memulakan suatu hubungan baharu namun ketika ini sibuk dengan kerjayanya.
"Saya tak pernah tutup pintu hati cuma saya tiada masa dan tidak fikir fasal bercinta.
Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya," jelasnya.
Fify berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Dalam perkembangan lain, Fity muncul dengan sebuah naskhah baharu berjudul Padu The Movie yang diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Selain Fify sebagai Kapten Izzati, Padu The Movie turut dibintangi Jojo (Naib Kapten Mulan), Thanuja (Center Kalai) dan Mei Fan (Jurulatih Yoong).
Filem yang bakal ditayangkan 6 Jun nanti ini turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Berita Trending: Selalu Tak Datang Set Penggambaran, Tony Eusoff Dedah Nak Tampar Aktres…

Berita Trending: Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian…

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024