Pelakon Tony Eusoff mendedahkan dia mempunyai keinginan untuk menampar seorang pelakon yang membuat masalah ketika bekerjasama dengannya dalam sebuah karya.

Pakai Tudung & Sudah Bersara

Enggan mendedahkan identiti, pelakon filem The Expert ini bagaimanapun memberi bayangan individu itu adalah aktres yang sudah memakai tudung dan bersara dari dunia seni

“Ada seorang dalam karier saya setakat ini… ada seorang saja yang ingin saya tampar. I tak nak sebut nama dia. Nasib baik dia dah bersara, bukan Hairul Azreen eh.

“I tak sebut lelaki ke perempuan tapi dia dah pakai tudung,” dedah Tony menerusi video podcast di TikTok Sinar.

Keinginan itu disebabkan pelakon wanita itu telah menyusahkan semua produksi ketika itu apabila tidak hadir pada hari penggambaran tanpa memberi sebarang penjelasan.

Aktres Bermasalah

“Okay sebab lagi sekali nak cakap ini adalah teamwork. Dah la cerita itu melibatkan ramai orang. Dan dia tak datang set tanpa apa-apa pencerahan, tanpa apa-apa penjelasan.

“Tak angkat phone apa semua, MIA (missing in action) macam itu saja. Orang semua tunggu dia, akhirnya tak jadi satu hari punya scene itu, tak jadi sebab dia,” kongsinya.

Banyak Kali Lakukan Benda Sama

Malah Tony mendedahkan individu itu bukan hanya sekali melakukan perkara yang sama sebaliknya tiga kali tanpa menghiraukan tentang orang lain yang bekerja keras untuk penggambaran itu.

“Okay kalau sekali tak apa, I boleh maafkan la okay mungkin you sakit ke apa, mungkin dia tiba-tiba beranak ke apa kan, tak tahu la. Tapi next day dia datang dengan tanpa bersalahnya, tak apa sekali itu I bagi peluang.

BERITA TRENDING: “Saya Takut Nak Menyusahkan Orang…” - Tony Eusoff Mahu Sentiasa Beri Sepenuh Hati Dalam Kerja

“Masalahnya berlaku kali kedua dan ketiga, I rasa (sambil buat aksi nak cekik). Tapi kita habiskan job dulu. Masa itu pun dah hujung-hujung, masing-masing dah stress.

“Tak payah cakap penat pelakon la, penat kru, penat tenaga produksi yang lain. You menyusahkan orang lain, you tak respect masa orang lain. Itu seorang saja pengalaman yang paling teruk untuk I so far,” katanya.

Untuk info, Tony kini muncul dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures iaitu The Experts yang sudah mula ditayangkan pada 23 Mei lalu.

The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.