Masih ingat dengan pelakon kanak-kanak dalam filem Heart yang pernah menjadi kegilaan ramai orang?

Nama Rachel Amanda Aurora, 25, tidak asing lagi kerana telah menjadi salah satu bintang sinetron yang wajahnya kerap menghiasi kaca televisyen sejak usianya masih kecil.

Rachel Amanda lahir pada 1 Januari 1995 di Jakarta Indonesia ini adalah seorang penyanyi dan model juga.

Perjalanan karier seni bermula dengan sinetron Wajah Penuh Cinta pada tahun 1999 dan diteruskan dengan beberapa karya sehingga menerima tawaran berlakon filem.

Filem Heart merupakan filem pertama yang dilakonkan ketika usianya baru memasuki 10 tahun.

15 tahun berlalu dari Heart, nama Rachel Amanda kini kembali mencuri perhatian ramai. Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) hasil lakonannya bakal menemui penonton mulai 23 April ini.

Di sini, Gempak kongsikan wajah terkini Rachel Amanda yang kini telah meningkat dewasa:











NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini filem pertama dibawa terus ke rumah anda! Wahhh dalam tempoh PKP ni rindu nak tengok filem di pawagam. Tapi sekarang tak payah tunggu dan boleh tengok kat Astro First di saluran 480 dan On Demand bermula 23 April nanti. . Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama kami di rumah #NantiKitaCeritaTentangHariIni #SetiapKeluargaAdaRahsia #NKTCHI #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan penggiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.

Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI dari pawagam terus ke rumah anda.di saluran 480 bermula 23 April ini. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.