Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”
Asyikin Mayudin
10/09/2024 03:55 MYT
10/09/2024 03:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu mengakui dia kini tidak kisah dengan bayaran malah pernah membuat persembahan secara percuma.
Mahu menghiburkan
Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, dia lebih berasa puas apabila dapat menghiburkan dan menggembirakan orang lain.
“Saya pernah buat show scara percuma… bukan saudara-mara, tapi kawan kepada orang rumah (isteri) saya. Kebetulan saya memang tak ada kerja waktu tu, saya pergi tolong la.
“Saya hanya mahu hiburkan orang, dapat pahala. Bila kita tengok orang gembira, hati rasa puas. Kalau dulu, mengejar wang tapi sekarang dah tahap janji orang gembira dah la,” kata Atu kepada Gempak.
Arwah Pak Yus
Dalam pada itu, pelawak yang berasal dari Sabah ini turut memberitahu dunia lawak kini sudah tidak sama ketika Allahyarham Pak Yus masih hidup.
“Kalau dulu ada arwah Pak Yus ada, dia yang jaga kami. Bila dia tak ada, kami dah jadi bertebaran. Arwah berperanan seperti kalau ada kerja yang dia tak dapat buat, dia bagi kepada orang.
“Dia takkan tinggalkan rakan sepejuangan lain. Dia memang suka menolong, malah saya juga pernah ditolong oleh arwah. Sekarang, saya tak nampak ada individu yang boleh menggantikan arwah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dari Rambutnya Aja, Banyak Bercanda Ya" - Netizen Indonesia Suka, Terhibur Tengok Atu Main Badminton
ARTIKEL BERKAITAN: KISAH ATU MENGINAP HOTEL 'AYAM' BERSAMA KELUARGA | BORAK DULU BARU KAMU
ARTIKEL BERKAITAN: MLS3: "Sebelum Tu Dia Tanya Cukup Tak Komitmen Kita Sekeluarga?" - Isteri Hormat Keputusan Atu Tak Masuk MLS
“Tapi ada saja individu seperti Pak Yus tapi dia tak menonjol sangat. Saya pun jenis pentingkan diri tapi tetap ingat kawan-kawan juga. Kalau yang bujang, mungkin boleh hidup sendiri.
“Saya risau dengan rakan yang sudah berkahwin… macam mana komitmen mereka, rasa kesian,” ujarnya lagi.