,
Laman Utama

Pernah Digelar Dugong, Transformasi 100 Hari Lee Jang Woo Dapat Jolokan Baharu: "Anda Seperti Matt Damon!"

Maliah Surip
04/09/2021
14:50 MYT
Aktor Lee Jang Woo bukan sahaja mengejutkan peminat, tetapi juga hos dalam I Live Alone selepas kembali ke program tersebut selepas 100 hari seperti dijanjikan.
Hal ini kerana penampilan Jang Woo berubah total, berbanding sebelumnya. Menerusi laporan AllKPop, Jang Woo yang hadir dalam program tersebut sebelum ini dikritik kerana mengalami berat badan mencecah 98 kilogram.
Waktu itu, lelaki berusia 36 tahun tersebut mengaku berat badannya naik mendadak kerana habit makan yang tak teratur, mewah dan teruk sehingga menyebabkan masalah kesihatan kepada dirinya.
Dia juga sempat digelar dugong kerana berat badannya tersebut. Oleh yang demikian, dia berjanji untuk menjalani gaya hidup sihat sekaligus menurunkan berat badannya.
Ternyata, janji tersebut ditepati Jang Woo. Saat muncul dalam episod I Live Alone yang ditayangkan semalam, dia tampil dengan cukup berbeza pada bentuk tubuh dan berat badan sehingga diberi gelaran baharu iaitu mirip aktor Hollywood, Matt Damon.
"Anda kelihatan seperti Matt Damon!" ujar salah seorang hos program tersebut, Kian84.
Kian84 yang terus memerhatikan penampilan baharu Jang Woo kemudian menyambung: "Sewaktu anda bertubuh gempal, saya rasa selesa berada di samping anda. Tapi sekarang semua sudah seperti mempunyai jurang."
Jang Woo kemudian berkongsi kisah perjalanannya menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram dalam 100 hari. Dia mengaku menjalani rejim yang ketat dari segi senaman dan menjaga diet pemakanan.
Menurut bintang Homemade Love Story itu, berat badannya pada pertama kali datang sebagai tetamu dalam program tersebut adalah 98kg dengan lemak sekitar 32.
Kini selepas berdedikasi untuk mendapatkan bentuk tubuh dan kesihatan yang lebih baik, Jang Woo telah berjaya menurunkan sebanyak 25 kg sekaligus membuat berat badannya kini 73kg sehingga membuat penampilan terkininya cukup berbeza.
Kredit Foto: AllKPop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Linkin Park Kembali, Perkenal Penyanyi Wanita Baharu

gempak
06/09/2024
04:28 MYT
Linkin Park telah kembali dengan barisan ahli baharu, memperkenalkan karya pertama mereka sejak kematian vokalis utama Chester Bennington pada 2017.
Hollywood

Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”

gempak
01/09/2024
14:00 MYT
Seorang wanita dari Kentucky ditangkap sewaktu mencuri beberapa kenderaan di kawasan North Main Street.
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Hollywood

Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."

gempak
29/08/2024
05:10 MYT
Didakwa sedang hangat bercinta dengan aktor, Johnny Depp, pelakon, Jenna Ortega tampil menjernihkan keadaan.
Hollywood

Lepas Fail Cerai, Jeniffer Lopez Mahu Buang Nama Affleck

gempak
25/08/2024
04:55 MYT
Jennifer Lopez diketahui telah memfailkan perceraian dengan suami, Ben Affleck secara rasmi pada 20 Ogos lalu.