HIBURAN
Pernah Diketawakan, Arora Salwa Tampil Pertahankan Diri - “My Answer To Your Stupidity Is…”
Bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-11, Arora Salwa meluahkan rasa terkilan apabila menerima kutukan daripada segelintir pihak selepas membuat keputusan untuk berhenti bekerja sebagai pramugari.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Arora mendedahkan dirinya pernah menjadi bahan jenaka hanya kerana memilih untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjual minyak wangi jenama sendiri.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Arora mendedahkan dirinya pernah menjadi bahan jenaka hanya kerana memilih untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjual minyak wangi jenama sendiri.
“Saya dihina masa mula mula berhenti. Ditertawakan ‘hahaha berhenti kerja jual perfume,” tulisnya.

Enggan berdiam diri, penyanyi lagu Ahmad itu tampil membidas semula kenyataan segelintir pihak yang merendah-rendahkan usahanya dalam dunia perniagaan.
“My answer to your stupidity: Yes I jual perfume (my own perfume) & I founder untuk perfume I & I owner untuk my own company.
“I tenang. No drama, no maki hamun, no muka dua, no berlagak terpaling pandai.
“you ketawakan I tu belum tentu you mampu buat apa yang I buat sekian,” jelasnya.
Pada masa sama, Arora turut meluahkan rasa syukur kerana tidak lagi bekerja di tempat lama yang disifatkannya sebagai terlalu toksik hingga pernah mencetuskan fitnah terhadap dirinya.
“Alhamdulillah ianya lebih besar dari bekerja dibawah mereka. Bonus yang sepatutnya dapat sampai masa ada je musibat yang datang. End up tak ada apa apa.
“Fitnah suka suka disebarkan sana sini. Cerita yang tiada juga diada-adakan,” luahnya.