gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lepas Gegar Vaganza, ‘Job’ Ronnie Hussein Makin Rancak - “Jemputan Bertambah Jadi Double, Tak Sempat Nak…”
HIBURAN
“Kalau Ada Yang Kata Sakit, Saya Hanya Minta…” - Dafi Jawab Dakwaan Sering Ke Hospital Sebab Hidap Kanser
BERITA
Hutang PTPTN Pelajar UPSI Maut Kemalangan Dilupuskan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Rumah Tangga Arorra Salwa Diganggu ‘Penyondol’ - “Saya Pun Faham Keperluan Seorang Lelaki Bila…”

gempak
Asyraf Roslan
10/06/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Rumah Tangga Arorra Salwa Diganggu ‘Penyondol’ - “Saya Pun Faham Keperluan Seorang Lelaki Bila…”

Penyanyi dan pelakon, Arorra Salwa mengakui rumah tangganya pernah berdepan detik sukar apabila muncul pihak ketiga yang cuba mengganggu keharmonian perkahwinannya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Ahmad itu meluahkan rasa syukur kerana berjaya menangani situasi tersebut dengan tenang.

“Penyondol itu ada dimana-mana tapi tak salah mana-mana pihak, kedua-duanya bersalah dan bila terjadi perkara macam tu komunikasi adalah perkara paling penting. Saya pun faham keperluan seorang lelaki bila berjauhan jadi saya anggap benda itu sebagai perkara positif.
“Wanita itu cuba hantar benda-benda tidak sepatutnya (gambar) kepada saya tapi alhamdulillah saya tenang jadi saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan sempurna.
“Suami saya pun ceritakan hal sebenar apa yang saya boleh katakan kali pertama adalah kesilapan tapi kalau jadi kali kedua itu adalah pilihan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Arorra atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 40, turut mendedahkan bahawa wanita berkenaan cuba mengambil kesempatan dengan meminta wang daripada suaminya.
Tambahnya lagi, wanita tersebut juga cuba menghubunginya namun tidak berjaya dan akhirnya hanya berhubung dengan pengurusnya sebagai orang tengah. “Perempuan itu cuba untuk dapatkan duit daripada suami saya, jadi saya tanya apa yang terjadi sebenarnya adakah dia mahu berkahwin dengan wanita itu? Jika mampu bagi tahu saya mungkin ia boleh dipertimbangkan.
“Pihak sana cuba hubungi saya tapi malangnya dia tak dapat tapi dia berjaya contact saya punya manager jadi dia jadi orang tengah.
“Saya tak mahu gaduh-gaduh macam orang lain sebab saya sayang keluarga ini. Saya tak marah cuma saya minta jangan ulang lagi. Apa yang terjadi ini adalah satu alarm clock untuk kami lebih rapat lagi sebab sebelum ini kami jauh,” ujarnya.
Sekadar info, Arorra selamat mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Mahfuz pada 18 Julai 2017.
Topic Berkaitan
#Rumah tangga
#Penyondol
#Arorra Salwa
Must-Watch Video