Pernah Dilempang Adik Sendiri, Shila Amzah Dah Sampai Limit...
Izwan Isa
11/10/2023 11:21 MYT
11/10/2023 11:21 MYT
Selepas dituduh dengan pelbagai tohmahan oleh adik lelakinya, Amir Syafiq selepas dikatakan cuba menjual rumah banglo yang didiami keluarga, penyanyi Shila Amzah tampil bersuara, bercerita mengenai kemelut yang dilaluinya selama ini.
Shila menerusi Instagram Live berkata, banyak hal yang pernah dilalui dan dipendam dan tidak pernah diceritakan kepada khalayak selama ini.
“Dia punya tangan tu (merujuk kepada Syafiq) pernah sepak (lempang) kita. Dia nak cakap dia power sangat. I don’t know, dia sejenis paling acah. Paling acah, paling tersakiti.
“Ya Allah, hutang dia… dia kahwin pun Sha yang bayar. Tanya dia, dah bayar belum nafkah anak dia?,” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata, dia memilih untuk bercerita hal tersebut kepada umum kerana emosinya sudah sampai ke tahap yang tidak mampu dibendung lagi.
“You want to paint anything on me? Sha dah sampai limit dah ni. Sha cerita balik all this thing sebab nak orang faham.
“Orang nak paint Sha anak kurang ajar, anak derhaka, not a good daughter, horrible person. Ok Sha terima dengan hati dan tangan terbuka, I feel I have had enough already.
“I went mental, absolutely mental this day. Sha punya sakit perih, no one gives a damn seriously,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi laporan media, Syafiq mendakwa Shila sebagai individu yang bersikap pura-pura selain pernah berlaku biadap dengan ibunya.
BACA: Shila Amzah Ada Sebab Nak Jual Banglo Didiami Keluarga - “Memandangkan Rumah Itu Saya Punya…”