Laman Utama

Shila Amzah Ada Sebab Nak Jual Banglo Didiami Keluarga - “Memandangkan Rumah Itu Saya Punya…”

gempak
Asyikin Mayudin
11/10/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Shila Amzah Ada Sebab Nak Jual Banglo Didiami Keluarga - “Memandangkan Rumah Itu Saya Punya…”
Penyanyi Shila Amzah mengakui dia mengambil keputusan untuk menjual rumah banglo yang kini didiami oleh ibunya, Syada, Syafiq, Syahir serta Icha.
Shila memberitahu rumah tersebut terlalu besar sehingga tidak terjaga dan memilih untuk mendapatkan kediaman yang lebih sesuai untuk keluarganya.
“Bila parents kita bercerai, rumah itu ada kenangan tak best. Jadi, memandangkan rumah itu saya punya (rumah yang family duduk tu). Rumah tu sangat besar, yang duduk dalam lima orang.
“Ada tujuh bilik, ruang tamu besar, banglo lot, ada dua dapur, rumah kucing ada tiga, rumah itu tak ada maid. Cuba bayangkan, diorang tak dapat nak jaga bil semua.
“Jadi saya nak dapatkan tempat baru, suasana baru selepas saya jual rumah itu… lagi sihat la. Takkan Sha nak biarkan, tengok rumah itu kusam dan sedih, saya nak beri rumah yang lebih,” katanya.
Isteri kepada pempengaruh Ubai itu berkongsi perkara tersebut ketika membuat siaran langsung di TikTok dan ia dimuat naik semula di akaun YouTube Mk Media Malaysia.
Mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga, Shila turut seakan-akan meluahkan rasa kecil hati apabila dia dianggap seperti orang jahat disebabkan membuat keputusan demi kebaikan semua.
“Sha dah kahwin, dah ada keluarga sendiri tapi saya masih fikir keluarga saya lagi. Saya nak cari lagi selesa, senang kemas dan jaga. Sha dah jadi ketua keluarga, sebab tak ada orang lain yang ambil benda ni.
“Memang lebih baik jual, tapi masing-masing macam letakkan saya seperti orang yang jahat. Rumah itu memang nama Sha… Sha nak cari kondo yang takpayah jaga luar.
“Sesiapa yang bekerja keras cari duit dari kecil, tahu la benda ini. Orang yang memang tak cari duit sendiri, yang memang makan bersuap, senang cakap. Benda orang tak nampak, tapi senang salahkan kita. Nasib baik Ubai ada,” ujarnya.
Terdahulu, adik kepada Shila iaitu penyanyi Syada Amzah mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.
Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.
Malah, pada satu hantaran berbeza dia sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila sengaja menyindir kakak sendiri.
BACA SINI: Syada Amzah Jawab Dakwaan Perang Dingin Dengan Shila Amzah - "Saya Memang Sentiasa ..."
BACA SINI: Shila Amzah Tanggung Keluarga, Fauziah Sarman Dakwa ND Lala Bertahun Tak Kerja
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live