Pernah Dipandang Negatif Kerja Kelab Malam, Jaclyn Victor Kuat Semangat Demi Ibu - "Jujur, Dia Tak Pernah ..."
Asyikin Mayudin
06/06/2024 08:55 MYT
06/06/2024 08:55 MYT
Setelah 20 tahun dalam industri, akhirnya penyanyi Jaclyn Victor bakal mengadakan konsert solo pertamanya yang disifatkan sebagai hadiah selepas melalui pelbagai halangan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni.
Imbau Kenangan
Mengimbau kenangan bergelar penyanyi di sebuah kelab malam, Jaclyn, 46, mendedahkan dia pernah dihina oleh seorang pemandu teksi yang menghantarnya ke tempat kerja.
"Sebelum bergelar artis, saya menyanyi di sebuah kelab malam dan biasanya saya akan naik teksi untuk ke tempat kerja.
"Apabila pemandu itu bertanya saya hendak ke mana, saya biasanya akan jujur memberitahu mahu ke kelab malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin, Muka Anak Calar Terkena Alat Pecah Ketuban - “Syukur Tak Kena Mata, Tapi Hampir Ya”
ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor Tumpang Gembira Bekas Suami Kahwin Baharu - "Sebelum Ni Dia Kata Tak Nak ..."
"Respons biasa yang mereka akan beri sama ada ibu saya tak marah berkunjung ke kelab malam? Ramai memandang negatif terhadap saya.
"Tetapi saya tak ambil hati dan selalunya hanya beritahu mahu berjumpa kawan," kata Jaclyn kepada Gempak.
Jaclyn berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Jaclyn Victor First Solo Concert yang diadakan pada Selasa lalu.
Syukur Dengan Sokongan Ibu
Biarpun dipandang negatif terhadap kerjayanya dahulu, namun Jaclyn tetap bersyukur apabila ibunya iaitu Maggie Victor sentiasa menyokong impiannya.
Malah tidak pernah sekali pun ibunya memandang rendah kepada kerjayanya sebagai penyanyi kelab malam malah percaya dia akan berjaya mencapai impian.
"Saya hanya menyanyi di sana (kelab malam) mujur ibu saya tak pernah halang asalkan saya pandai jaga diri.
"Masa saya menyertai program Malaysian Idol, ibulah individu paling teruja malah sejak itu dia menjadi tulang belakang saya sehingga ke hari ini," kongsinya.
Teruja Dengan Konsert
Bercakap mengenai konsert tersebut, Jaclyn melahirkan rasa teruja apabila selepas dua dekad berada dalam industri akhirnya menemui keberanian untuk tampil dengan persembahan solo pertamanya.
"Bukan senang nak kekal relevan dalam industri selama 20 tahun. Saya teruja walaupun sebelum ini ada juga terfikir ada ke orang nak datang konsert saya?
"Selepas 20 tahun saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memberanikan diri. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa menyokong karier saya," jelasnya.
Jaclyn Victor First Solo Concert akan menyaksikan penyanyi lagu Gemilang itu akan menyanyikan sebanyak 25 buah lagu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2024.
Antara lagu yang bakal didendangkan adalah Beribu Sesalan, Cinta, Ikut Rentakku, Bertamu Di Kalbu, Di Bawah Pohon Asmara, Ceritera Cinta dan Cepat-Cepat.
Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut dijual pada harga RM258 (Jagalah Diri), RM328 (Cinta Tiada Akhirnya), RM388 (Bertamu Di Kalbu), RM438 (Ikut Rentakku) dan RM488 (Gemilang).
Bagi kategori VIP, tiket dijual pada harga RM688 atau RM8,888 untuk kotak VIP yang boleh memuatkan 10 orang.
Tiket mula dijual pada 6 Jun 2024 bermula pukul 12 tengah hari di laman web Live Pass Asia.
ARTIKEL BERKAITAN: 20 Tahun Jadi Penyanyi, Jaclyn Victor Rancang Bikin Konsert - "Tak Lama Lagi Saya Akan Umumkan"
ARTIKEL BERKAITAN: Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN - “Mohon Sama-Sama Dipermudahkan Urusan”
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Akan Mohon Sambung Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Esok
ARTIKEL BERKAITAN: Pihak Polis Siasat Pemandu E-Hailing Hina Islam & Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Seleweng RM1.7 Juta, Suami BCL, Tiko Dakwa Bekas Isteri Gagal Move On