Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Dipukul Oleh Ibu Antara Kenangan Ruhainies Ketika Zaman Kanak-Kanak

Asyikin Mayudin
13/05/2024 03:52 MYT
Nama pelakon Ruhainies masih hangat diperkata di media sosial semenjak kes dia didakwa ditangkap khalwat dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sejak awal Mac lalu sehingga kini.

Kehidupan Kanak-Kanak

Terbaharu, Ruhainies dijemput menjadi tetamu di program One On One dengan pengacara Farhana Ab Rahman baru-baru ini berkongsi mengenai dirinya termasuklah kehidupan ketika zaman kanak-kanaknya.

Menurut Ruhainies, dia tidak dibenarkan untuk berkawan dengan lelaki memandangkan ibunya iaitu Che Bunga Salleh seorang yang sangat garang.

“Anis yang paling nakal la antara semua kot rasanya… dulu kalau dia dapat tahu ada lelaki mesej ke apa ke, dia akan rampas handphone.

BERITA TREDNING: ‘Perang’ Antara Didi Astillah Dengan Aisyah Aziz, Masing-Masing Pertahan Kakak & Abang

“Kalau kawan-kawan lelaki I tulis kat situ, macam Faiz kan contohnya I letak Faizah. Ha macam itu,” kongsi Ruhainies.

Pada perkongsian yang sama juga, Ruhainies memberitahu dia pernah kena pukul dengan ibunya gara-gara menerima hadiah ‘teddy bear’ dan bunga besar daripada lelaki.

BERITA TRENDING: "'Makan Luar' Sebab Jiwa Saya Kosong" - Aliff Aziz Mengaku Curang

“Pernah juga balik rumah tiba-tiba ada teddy bear dengan bunga besar dekat depan rumah. I kena pukul eh sebab dapat teddy tu. Mak I kata ‘kenapa lelaki boleh tahu alamat rumah you?’.

“Dia (mak) memang garang,” ujar Ruhainies lagi.

Banyak lagi perkongsian Ruhainies menerusi program itu yang akan ditayangkan pada Selasa di Astro Ria.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Didi Astillah #Aisyah Aziz #Ibu Aliff Aziz #Ibu Ruhainies
;