Pernah Dituduh Gila, Tasha Shilla Alami Mild Depression
Kamaruddin Razal
03/02/2019 01:21 MYT
03/02/2019 01:21 MYT
Pelakon cantik, Tasha Shilla mendedahkan dia mula mendapatkan bantuan untuk mengatasi penyakit kemurungan ringan (mild depression) yang dihidapinya.
Menurut pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak ini, dia mula mendapatkan bantuan semenjak hujung tahun lalu.
"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana sudah mendapatkan bantuan untuk mengatasi mild depression yang saya alami.
"Hidup saya semakin positif dan tenang serta saya lebih tahu bagaimana caranya untuk mengendalikan keadaan.
“Sebelum ini, saya akui saya pernah rasa putus semangat dan sangat ‘down’, lebih-lebih lagi selepas putus cinta sebelum. Sampaikan ada yang menuduh saya gila," kata Tasha.
Tambah Tasha, apa yang terjadi pada dirinya dahulu tidak mahu diulangi olehnya sekarang.
"Apa yang berlalu biarlah berlalu. Jika dahulu, jika saya berhadapan dengan masalah, saya pasti berhibur untuk mengurangkan tekanan. Tetapi, apa yang saya lakukan itu tidak betul kerana ia akan memberikan impak negatif.
"Biasalah, dulu saya masih muda, semuanya diambil mudah. Mungkin saya dilihat gembira di luaran dengan mengukir senyuman, tetapi apa yang berlaku dalam hati saya sendiri, tiada sapa yang tahu. Saya menanggungnya sendiri.
"Saya kini lebih tenang dan menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bagi saya, kesedaran mengenai kesihatan mental perlu dipandang serius. Jika ada sebarang masalah, dapatkan khidmat nasihat segera," kata Tasha.
Tasha ditemui pada majlis pelancaran jenama tudung, Parisfairies Scarves di Greenhouse by Muir, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Tasha, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon Niena Baharun, pengacara Liza Khairudin dan pengasas Parisfairies Scarves, Eiyla Fazzila.