Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

Maliah Surip
22/09/2024 13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.

Lady Gaga bukan perempuan?

Gosip tersebut mendakwa Lady Gaga bukan seorang perempuan sebaliknya berjantina lelaki.

BERITA TRENDING: “Saya Ada Maruah Yang Perlu Dijaga…” - Bernard Chandran Tak Bayar Lady Gaga Untuk Pakai Rekaannya

Sewaktu menjadi tetamu dalam episod kedua What’s Next? The Future With Bill Gates, Gaga mengaku sengaja tidak mahu menjawab dakwaan tersebut kerana beberapa faktor.

“Pada awal usia 20-an ada gosip mengatakan saya seorang lelaki. Saya telah menjelajah seluruh dunia mempromosi karya saya dan hampir semua media bertanya soalan yang sama ‘ada gosip mengatakan anda lelaki. Apa yang boleh anda katakan?’,” ujar Lady Gaga seperti dilaporkan Variety.

BERITA TRENDING: “Sebenarnya Busana Itu Untuk Dinner Show, Namun…” – Rizman Ruzaini Kongsi Kronologi Kolaborasi Perdana Dengan Lady Gaga

Ikon Pop tersebut sebelum ini juga pernah menjawab kepada CNN: “Mengapa saya perlu buang masa untuk membuktikan saya tidak mempunyai alat sulit lelaki?”

“Peminat tidak peduli, begitu juga saya.”

Gaga kemudian mengaku mengabaikan persoalan tentang jantinanya kerana tidak berasa diri sebagai mangsa keadaan.

“Bagaimana jika ada kanak-kanak dituduh serupa dan saya sebagai public figure menunjukkan rasa malu terhadap tuduhan tersebut?

“Ada masanya memperbetulkan gosip bukan sesuatu yang baik. Saya biarkan provokasi ini dan mencipta hal yang lebih baik.

“Dan selama 20 tahun menjadi selebriti saya sudah terbiasa melihat informasi salah tentang diri sendiri.

“Saya seorang penghibur dan melihat ia sebagai sesuatu yang lucu,” ulas Gaga yang akan muncul dengan filem Joker: Folie à Deux pada Oktober depan, panjang lebar.

BERITA TRENDING: Lady Gaga Sertai Joaquin Phoenix Di Joker 2

#Viral #Lady Gaga #Hollywood #peminat #Lelaki