Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Pernah Kena Penampar Dengan Chopping Board?”- Datuk Fazley Geram, Tak Habis-Habis Tegur Gemuk! No Body Shaming!

Mya Amri
26/05/2022 00:45 MYT

Penyanyi dan Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menegur sikap segelintir masyarakat yang tidak peka dengan sensitiviti berkaitan dengan perubahan bentuk badan seseorang.

Menurut Fazley, teguran seperti itu tidak sepatutnya diungkapkan kerana boleh menyebabkan individu itu terasa hati dan kurang selesa.

"Kalaulah social media ni boleh auto block and ban orang-orang yang suka #bodyshaming, saya rasa ramai orang hilang account masing-masing tau!

"Orang tua-tua cakap, kalau nak tegur gemuk, lebih baik diam, kalau nak tegur cantik, panjang-panjangkan cerita!

"Tak payahlah tegur kalau peha orang tu besar, tak payah tegur kalau pipi dia tembam, tak payah tegur kalau dada dia tak montok, tak payah tegur kalau lengan dia mengelebeh.

"Tak payah tegur kalau rambut dia nipis, tak payah tegur kalau punggung dia tak ada isi, tak payah tegur kalau muka dia berjerawat, tak payah tegur kalau ketiak dia hitam.

"Tak payah tegur kalau kuku dia tak cantik, tak payah tegur kalau dia ada spare tayar kat tepi pinggang dia, tak payah tegur kalau hidung dia kembang - JUST STOP IT!

"Meh sini kalau ada lagi orang yang teringin nak rasa kena penampar dengan chopping board?" tegurnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Selain Fazley, Janna Nick juga merupakan antara selebriti yang menjadi mangsa body shaming.

#Datuk Fazley #Datuk Fazley Yaakob #Body Shaming