Hiburan

"Pernah Kena Sound Aku Ni Tak Handsome Susah Jadi Hero..." - Idzham Ismail Jadikan Kekuatan Untuk Buktikan Kemampuan Diri

gempak
Badrul Hashim
17/04/2019
17:23 MYT
Sponsor Banner
"Pernah Kena Sound Aku Ni Tak Handsome Susah Jadi Hero..." - Idzham Ismail Jadikan Kekuatan Untuk Buktikan Kemampuan Diri
Pelakon Idzham Ismail yang mula dikenali melalui lakonannya dalam Juvana berkongsi pengalaman selama 7 tahun berjuang di dalam industri lakonan.
Perkongsian panjang lebar itu diceritakannya pada satu entri di Instagramnya.
"7 tahun aku berjuang, kenapa aku nak berhenti tengah jalan? Aku masuk dalam industri lakonan pon dengan cara tak sengaja . Bermula dengan nak cari duit lebih nak ride malam minggu.
"Bawak motor pergi set shooting jadi extra dapat payment simpan. Perlahan-lahan dapat dialog dan disitu mula minat. Berkongsi pengalaman, kena bahan gais. Biasalah masa tu orang tengok aku jadi pokok je boleh," tulis Idzham.
Menurut Idzham, dia menghadirkan diri dalam berpuluh-puluh sesi pemilihan pelakon sebelum berjaya dipilih membawa watak di dalam Juvana.
"Lepas Juvana senang? Siapa cakap? Dalam Juvana tu aku watak picisan je, supporting kecil tapi dapat kepercayaan director dan stesen untuk bawa watak antagonis kecil.
"Lepas tu bukan senang juga, lekat dengan antagonis bertahun-tahun, nak try watak lain orang tak percaya sebab dah lekat aku ni perogol penjenayah kaki rempit dan antagonis yang lain," terang Idzham.
Menurut Idzham lagi dia boleh sahaja mengalah dan menarik diri daripada bidang lakonan kerana masih belum terlambat.
Namun kerana minat dan merasakan lakonan itu bukan untuk mencari perhatian atau populariti, tetapi lebih kepada merasai pengalaman membawa watak yang dia sendiri tidak terfikir untuk dilakukan dalam kehidupannya.
"Tahun 2018 nampak la upgrade dapat watak baik, watak kesian, Alhamdulillah tahun ni dpt watak yang memang aku nak. Masih aku fight untuk ke tangga paling atas dikalangan pelakon hebat-hebat walaupon aku sedar aku ni bukan level kacak.
"Pernah kena sound aku ni tak handsome susah ni nak jadi hero . Apa ada hal, benda kecik je setakat sound tu aku jadikan kekuatan untuk aku buktikan yang orang yang cakap aku macam tu salah," tegas Idzham.
Untuk tahun 2019 ini, Idzham masih lagi berusaha keras kerana minatnya dalam bidang lakonan semakin mendalam.
7 tahun aku berjuang , kenapa aku nak berhenti tengah jalan ? . Aku masuk dalam industri lakonan pon dengan cara tak sengaja . Bermula dengan nak cari duit lebih nak ride malam minggu . . Bawak motor pergi set shooting jadi extra dapat payment simpan . Perlahan lahan dapat dialog dan disitu mula minat . Berkongsi pengalaman , kena bahan gais . Biasalah masa tu orang tengok aku jadi pokok je boleh ? . Casting berpuluh kali pergi dapat akhirnya cerita yang korang suka dulu . Juvana . . Lepas Juvana senang ? Siapa cakap ? Dalam Juvana tu aku watak picisan je , supporting kecil tapi dapat kepercayaan director dan stesen utk bawa watak antagonis kecil . . Lepas tu bukan senang juga , lekat dengan antagonis bertahun-tahun , nak try watak lain orang tak percaya sebab dah lekat aku ni perogol penjenayah kaki rempit dan antagonis yang lain . . Mengalah time tu ? Boleh je time tu aku nk tarik diri dari lakonan . Tak terlambat lagi time tu tp sebab aku minat , aku baru rasa acting tu bkn sebab PERHATIAN , bukan sebab POPULAR tapi lebih kepada explore identiti diri aku , lebih kepada explore watak yang aku sendiri tak terfikir nak buat in real life . . Tahun 2018 nampak la upgrade dapat watak baik , watak kesian , alhamdulillah tahun ni dpt watak yang memang aku nak . Masih aku fight utk ke tangga paling atas dikalangan pelakon hebat-hebat walaupon aku sedar aku ni bkn level kacak , pernah kena sound aku ni tak handsome susah ni nak jadi hero . Apa ada hal , benda kecik je setakat sound tu aku jadikan kekuatan utk aku buktikan yang orang yang cakap aku mcm tu salah. . 2019 aku masih lagi fight sbb apa ?sebab minat aku dlm lakonan makin mendalam , aku pergi kelas lakonan walaupon aku dah bertahun jadi pelakon. Tak salah gais kalau kita nak dalamkan lagi ilmu kita dalam bidang kita . . Inshaallah , berkat doa org sekeliling dan support aku dari dulu , aku akan banggakan diorang . . Korang jangan cepat give dgn apa yang korang tgh usahakan . Mana tahu selapis dinding je lagi nak dapat "permata" korang dah give up . Kan rugi tu ?
A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on
Menurutnya lagi, wlaupun sudah bertahun menjadi pelakon, dia masih lagi mengikuti kelas lakonan kerana padanya tidak salah untuk mendalami ilmu dalam bidan yang diceburi.
"Insya-Allah, berkat doa org sekeliling dan support aku dari dulu, aku akan banggakan diorang.
"Korang jangan cepat give dengan apa yang korang tengah usahakan. Mana tahu selapis dinding je lagi nak dapat "permata" korang dah give up . Kan rugi tu?" pesan Idzham.
Kredit Gambar: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024