,
Laman Utama

Pernah Kongsi Video Kipas Siling Berputar, Pelakon Wanita Maut Gantung Diri

Amri Hassan
17/10/2022
08:25 MYT
Pelakon televisyen Vaishali Thakkar ditemui meninggal dunia dipercayai kerana membunuh diri di kediamannya di Indore, India pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa, Thakkar, 30, yang popular menerusi drama Yeh Rishta Kya Kehlata Hai itu telah menggantung diri di rumahnya dan meninggalkan sepucuk nota mendakwa dirinya kerap diganggu oleh bekas teman lelakinya.
"Kami telah menemui lima keping nota tertulis seperti sebuah diari di dalam biliknya. Kami mengenalpasti isi kandungannya.
"Dia (mendiang) menulis dia (lelaki) tidak mengahwininya dan tidak juga membenarkannya berkahwin dengan sesiapa. Bekas teman lelakinya itu telah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata," kata pihak berkuasa, sepertimana laporan Times of India.
Dalam salah satu hantaran di media sosial seakan-akan memberi bayangan tentang puncanya membunuh diri.
Seminggu lalu, Thakkar telah berkongsi sepotong video reels menujukkan kipas siling yang sedang berputar berserta kapsyen; "Anda sedang buat apa pada hari Ahad?"
Jasad Thakkar telah ditemui oleh abang mendiang pada malam Sabtu lalu. Mendiang telah dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Bedah siasat telah dibuat dan jenazah disemadikan pada Ahad.
"Sebuah iPhone, iPad dan beberapa barangan peribadi lain telah dikumpulkan dari kediaman mendiang," tambah pihak berkuasa, tanpa menyabitkan kes terbabit dengan mana-mana pihak. Bagaimanapun, bekas teman lelakinya telah dipanggil untuk siasatan.
Thakkar difahamkan pernah bertunang dengan usahawan dari Kenya pada 2021 namun putus sebulan kemudian.
Mendiang memulakan karier sebagai Sanjana dalam 'Yeh Rishta Kya Kehlata Hai' selain turut terbabit dalam 'Ye Vaada Raha' ,'Ye Hai Ashiqui', 'Sasural Simar Ka', 'Super Sisters', 'Laal Ishq', 'Vish Ya Amrit dan 'Manmohini 2'.
Sumber: Times of India
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.