Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

Firdaus
09/10/2024 12:25 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan kepada pasangan yang sudah bercerai tidak kira lelaki mahupun wanita agar tidak membuka aib satu sama lain.

Anggap Buka Aib Jejaskan Imej

Menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan semula di TikTok, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berpendapat bahawa perbuatan tersebut akan menjejaskan imej seseorang selain turut memberi kesan kepada cahaya mata.

“Jangan buka aib pasangan yang pernah kau sayang...

“Jangan buka aib pasangan yang pernah kau sayang. Ingat, orang yang kau marah tu adalah bapa. Kalau Fattah nak bercakap apa-apa pun, itu adalah mak Fatima juga.

“Jadi berhati-hati. Jangan burukkan. Biar macam mana sekalipun, biar anak tu hormat mak ayah dia.

“Anak satu hari nanti akan besar, akan baca dalam Internet apa yang mak dan bapa dia cakap tentang satu sama lain,” katanya.

BERITA TRENDING: Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan

BERITA TRENDING: Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”

​BERITA TRENDING: Fazura Dakwa Fattah Amin Tiada Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Saya Harap Dia Datang Pujuk…”

​BERITA TRENDING: Tiba Di Prosiding Kedua Kes Perceraian, Ini Harapan Fattah-Fazura

​Mengulas lanjut, Sharnaaz menyatakan dirinya tidak berniat untuk mencampuri urusan perceraian Fattah dan Fazura sebaliknya nasihat yang diajukan hanyalah sekadar renungan pasangan yang sudah berumah tangga.

“Aku tak nak komen tentang kesusahan orang. Kalau dah rasa tak boleh hidup sama, baguslah. Bawa hal masing-masing. Ingat, apa yang kita buat hari ni. Tuhan akan tunjuk balik apa yang kita selindung selama ni.

“Tapi Alhamdulillah, masa aku cerai dulu tu aku boleh sabar. Yang penting niat kita, adalah anak. Jangan buka aib orang, kalau Tuhan buka aib hang macam mana,” ujarnya.

undefined

Sekadar info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017.

Pasangan berkenaan bagaimanapun berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, Sharnaaz dan Nabila dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

Sumber: TikTok
#pelakon #Fattah Amin #Fazura #cerai #Sharnaaz Ahmad #hiburan
;