HIBURAN
Pernah Nafi Tidak Lakukan Seks, Peguam Dedah Vadel Minta Anak Nikita Mirzani Gugur Kandungan
Kebenaran akhirnya terbongkar. Jika sebelum ini Vadel Badjideh menafikan sekerasnya pernah meniduri kekasih, Lolly yang juga anak gadis Nikita Mirzani kini fakta baharu terkuak.
BERITA TRENDING: Kekasih Anak Nikita Ditangkap, Polis Dedah Vadel Paksa Lolly Gugurkan Anak
BERITA TRENDING: Nikita Mirzani Upah Orang Robohkan Rumah Bekas Kekasih Anak
BERITA TRENDING: TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis
BERITA TRENDING: Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil
Menerusi penjelasan yang diberikan oleh peguam yang mewakilinya, Razman Nasution, Vadel bukan sahaja telah meniduri gadis di bawah umur itu tetapi pernah meminta Lolly menggugurkan kandungan selepas memberitahu dirinya hamil.“Dia melakukan pengguguran sambil video call. Dia makan pil kemudian gugur,” ujar Razman seperti laporan InsertLive.
Malah Razman juga mendakwa Lolly memberitahu sudah banyak kali melakukan seks bersama kliennya.
“Ini kata-kata Lolly. Dia sudah 10 kali berhubungan badan bersama Vadel,” kata peguam tersebut.
Kenyataan ini diberikan selepas Vadel kini ditahan pihak berkuasa tempatan atas tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap Lolly.
Pemuda yang juga merupakan seorang TikToker ini didakwa telah merogol dan memaksa kekasihnya yang masih di bawah umur menggugurkan kandungan.
Atas perbuatannya, Vadel didakwa dengan melanggar Pasal 76D jo Pasal 81 ayat 1 Undang-undang Perlindungan Anak dengan ancaman penjara paling singkat 5 tahun dan paling lama 15 tahun.
Must-Watch Video