Hiburan

Kekasih Anak Nikita Ditangkap, Polis Dedah Vadel Paksa Lolly Gugurkan Anak

gempak
Maliah Surip
15/02/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Kekasih Anak Nikita Ditangkap, Polis Dedah Vadel Paksa Lolly Gugurkan Anak
Kekasih anak selebriti sensasi Nikita Mirzani iaitu Vadel Badjideh kini berada dalam tahanan polis.
Penahanan TikToker itu berlaku selepas Nikita membongar dan membawa kes tersebut ke muka pengadilan. Dia mendakwa Vadel telah menyetubuhi anak perempuannya, Lolly yang masih di bawah umur sehingga hamil sebelum meminta gadis itu menggugurkan kandungan.
Menerusi kenyataan pihak polis, Vadel telah memujuk Lolly melakukan persetubuhan badan sejak mereka bercinta pada Januari 2024.
Vadel didakwa berjanji akan berkahwin dengan Lolly selepas mereka melakukan seks.
“Selama menjalani hubungan cinta, atas pujuk rayu tersangka yang menjelaskan akan bertanggung jawab serta menikahi anak korban sehingga anak korban LM mahu melakukan hubungan badan layaknya suami istri dengan tersangka VAB," kata Kanit PPA Polres Jakarta Selatan AKP Citra Ayu seperti dilaporkan Detik.com.
Polis kemudian mengatakan Vadel memaksa Lolly menggugurkan kandungan agar kehamilannya tidak diketahui keluarga.
"Serta Lolly dipaksa menggugurkan anak Vadel kerana tidak mahu keluarga mangsa tahu,” tambah Citra lagi.
Jika didapati bersalah, Vadel yang hadir dalam perjumpaan polis dan media dengan memakai baju oren itu berdepan tahanan penjara 15 tahun.

BERITA BERKAITAN: Nikita Mirzani Bengang Dituduh Ada HIV Kerana Amal Gaya Hidup Bebas

BERITA BERKAITAN: Anak Nikita Mirzani Lari Dari Rumah Aman, Tak Tahan Sebumbung Dengan Penghidap HIV

BERITA BERKAITAN: Nikita Mirzani Upah Orang Robohkan Rumah Bekas Kekasih Anak

BERITA BERKAITAN: Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024