Penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw melahirkan rasa syukur dalam banyak perkara yang berlaku dalam kehidupannya.

Menerusi pengalaman hidupnya, Melly memberitahu dia amat memahami perasaan seseorang yang mempunyai tubuh badan yang langsing mahupun berisi.

Pun begitu, Melly mendedahkan dia pernah berasa sakit hati melihat foto wanita kurus ketika berat badannya sedang naik mendadak.

“Saya bersyukur pernah melalui banyak hal . Pernah kurus , lalu gemuk, lalu sekarang kurus.

“Jadi Insya-Allah saya faham betul dengan perasaan orang-orang saat saya posting(memuat naik ke laman sosial) apapun.

“Waktu saya gemuk dan susah kurus , saya sedih lihat posting orang-orang yang kurus, mungkin bagi sebahagian orang itu bisa jadi motivasi, bagi sebahagian lagi termasuk saya itu menyakitkan hati.

“Saya faham betul semua rasa itu, kerana saya pernah berada di semua keadaan itu, pernah kurus pernah gemuk, pernah sukses pernah gagal,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ada Apa Dengan Cinta itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Melly memuat naik foto perubahan tubuhnya dari gemuk hingga kini yang langsing.

Tambah Melly dia sendiri tidak suka melihat gambarnya sendiri sewaktu berat badannya naik mendadak.

Namun dia bersyukur apa jua perubahan pada badannya ia tidak mempengaruhi karier seninya kerana kedua-dua fasa itu dia telah melalui perkara yang sama iaitu turun dan naik dalam kerjayanya.

“Kalau difikir fikir lagi, karier saya pernah meletop pada saat sy kurus bahkan saat gemuk banget. Pernah juga merosot pada saat saya kurus dan pada saat saya gemuk.

“Jadi saya sangat bersyukur dan merasa menjadi manusia paling beruntung. Sebab keluarga saya, sahabat saya, penggemar saya, tidak pernah ada yang meninggalkan saya hanya kerana fizikal saya,” katanya lagi.

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)