Hiburan
"Pernah Tengok Rock Band Perempuan Arab Saudi Buat Konsert" - Jadikan Role Model, Konsert Ella Sukses!
Ratu rock negara, Ella Aminuddin memecahkan stereotaip berhijab sebagai halangan untuk dia mengadakan konsert dengan penuh energetik hujung minggu lalu.
Jelas Ella, tenaganya masih sama sebelum atau selepas berhijab malah dia menjadikan sebuah band rock wanita Arab Saudi sebagai contoh.
"Ia tak mudah untuk menyanyi dan beraksi di pentas besar apabila suda berhijab. Tak sama!
"Tetapi, selepas berhijab saya rasa ia bukan halangan untuk saya menghiburkan peminat saya.
"Saya pernah tengok band wanita Rock n Roll dari Arab Saudi membuat persembahan dan konsert itu sangat luar biasa," katanya selepas mengadakan konsert Ella Unplugged Live In Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam konsert selama dua jam itu, Ella mengalunkan lagu-lagu malar segarnya seperti Nuri, Layar Impian, Rama-Rama, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan banyak lagi.
Ditanya mengenai stamina untuk kekal aktif dalam usia 52 tahun, jawab Ella segalanya bermula dengan disiplin diri.
"Senaman dan disiplin diri kunci utama, selain itu kalau sudah minat mendalam dalam bidang seni pasti takakn keluar daripada landasan," tambahnya.
Malah, Ella turut mengundang suaminya, Kapten Azhar dan adik bongsunya, Korie untuk segmen duet khas.
Lebih indah sebenarnya apabila Ella menyelitkan segmen irama tradisional dan mengajak penonton terbuai dengan keasyikan lagu-lagu asli seperti Tak Seindah Wajah (Tan Sri SM Salim).
Foto: Syafiq Shahar, @roserahmantouch
Must-Watch Video