,
Viral

Pernah Terlibat Bina Stadium, Ini Kisah 3 Pekerja Asing Yang Berpeluang Menonton Coldplay Secara Percuma Di Singapura

Izwan Isa
02/02/2024
03:55 MYT
Sekitar 10 tahun lalu, tiga pekerja asing ini membantu membina Stadium Nasional Singapura, yang telah banyak menyaksikan pelbagai persembahan memukau artis antarabangsa seperti BTS, Jay Chou dan Madonna.
Dan pada 27 Januari lalu, tiga warga asing ini kembali ke stadium berkenaan, bukan sebagai pekerja, tetapi sebagai penonton konsert jelajah kumpulan Coldplay yang berlangsung selama enam malam di republik itu.

BERITA TRENDING: Presiden Filipina Disifatkan Hina Rakyat, Guna Helikopter Kerajaan Elak Jalan Sesak Demi Tonton…

Ironi, ketiga-tiga mereka tidak pernah bercadang untuk menonton konsert berkenaan. Namun, peluang tersebut hadir menerusi pemberian tiket yang dilaksanakan oleh dapur jalanan tempatan, Krsna’s Free Meals.Memetik portal Mothership, jurucakap daripada dapur tersebut memberitahu yang mereka telah menerima tiket konsert berkenaan daripada kolaborasi dengan Love Button, sebuah organisasi kebajikan global.
Kolaborasi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Coldplay dan Love Button untuk bekerjasama dengan organisasi di setiap lokasi konsert jelajah dunia Music Of The Spheres bagi mencetuskan perubahan dalam komuniti tempatan.
Krsna's Free Meals ialah salah satu daripada empat badan amal yang dipilih menerusi inisiatif ini.
Menerima 10 keping tiket, jurucakap berkenaan menambah, mereka mahu berkongsi ganjaran itu dengan individu-individu yang mereka bantu, iaitu pekerja asing.
“Kami mahu memberi inspirasi kepada mereka, membantu mereka untuk memasang impian dan mengajar mereka bahawa ada kebaikan di dunia ini,” ujar jurucakap berkenaan.

BERITA TRENDING: Pemulangan Gelang Xylobands Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Catat Peratusan Yang Membanggakan!

Sungguhpun lapan keping tiket sepatutnya diberikan, namun, hanya tiga pemenang sahaja yang dapat hadir memandangkan pekerja-pekerja selebihnya mempunyai urusan lain dan ada juga yang gagal untuk dihubungi.Dua tiket lagi digunakan oleh sukarelawan untuk menemani ketiga-tiga pekerja itu menyaksikan konsert Coldplay.
Sumber: Mothership
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jom Geng Singapura, Bergelak Tawa Dengan Sepahtu Reunion Live 30 November Nanti! - "Ada Cameo Anna Jobling & Maria Farida"

gempak
21/11/2024
11:56 MYT
Setelah kejayaan luar biasa Sepahtu Reunion Live di Malaysia, penganjur utama Eventify Pte Ltd kini berbesar hati membawa gelombang komedi Malaysia ke Singapura!
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Hiburan

Dihalang Isi Minyak Kereta, Shakilla Khoriri Bengang Dituduh Warganegara Singapura Hanya Kerana No Plat Kereta - “Kereta Besar Otak Kosong”

gempak
06/11/2024
05:55 MYT
Menurut Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri individu tersebut telah memanggil pekerja stesen minyak berkenaan dan memberitahu jangan izinkan dia untuk mengisi minyak di stesen tersebut.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

gempak
27/10/2024
00:55 MYT
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Unitar