Hollywood

Presiden Filipina Disifatkan Hina Rakyat, Guna Helikopter Kerajaan Elak Jalan Sesak Demi Tonton Coldplay

gempak
Maliah Surip
21/01/2024
07:59 MYT
Sponsor Banner
Presiden Filipina Disifatkan Hina Rakyat, Guna Helikopter Kerajaan Elak Jalan Sesak Demi Tonton Coldplay
Kumpulan Coldplay menyudahkan konsert siri Music Of The Spheres World Tour di Philippine Arena, Filipina semalam dengan sukses.

BERITA TRENDING: Pemulangan Gelang Xylobands Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Catat Peratusan Yang Membanggakan!

Selain dipenuhi dengan perkongsiaan mengenai kehebatan konsert tersebut di Filipina oleh pengguna media sosial namun ada satu ‘kisah’ yang menjadi perhatian dan hangat dibincangkan warganet.
Ia adalah mengenai tindakan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr yang telah menggunakan helikopter kerajaan untuk mengelak kesesakan trafik di ibu kota negara itu hanya untuk memastikan sampai tepat masa pada konsert Coldplay.
Apa lagi, tindakan Marcos yang diketahui sebagai peminat muzik itu dan isterinya, Liza Araneta-Marcos, turun dari helikopter yang mendarat di padang terbuka berhampiran lokasi telah tersebar di media sosial.
Netizen menyifatkan tindakan ketua negara itu menggunakan aset kerajaan untuk kepentingan peribadi dan bersifat hiburan adalah keterlaluan.
Malah pengkritik dan aktivis kerajaan, Renato Reyes seperti dilapor portal berita Rappler, menyatakan penggunaan helikopter oleh Marcos untuk pergi ke konsert adalah penghinaan besar kepada berjuta-juta penumpang di Filipina, apatah lagi negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan massa yang progresif dan pro-rakyat.
"Seorang presiden yang mengambil helikopter untuk menonton konsert di tengah-tengah trafik teruk dan krisis pengangkutan massa, tidak langsung bersimpati dengan pemandu, pengendali dan penumpang. Inilah keadaan pengangkutan di Filipina hari ini," katanya seperti dilaporkan Rappler.

PILIHAN PEMBACA: Coldplay Rampas ‘Takhta’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tapi Siti Nurhaliza Yang Trending… Ini Sebabnya

Vokalis Coldplay, Chris Martin sendiri melalui ciapannya di X mengakui trafik di Filipina sebagai yang tersesak di dunia namun berterima kasih kerana peminat masih bersusah payah hadir ke konsert mereka.
Lokasi konsert itu berlangsung adalah sekitar 30 kilometer di utara ibu kota Manila, dengan kota tersebut mempunyai trafik paling teruk di antara 387 bandar di 55 negara dunia menurut indeks yang dikeluarkan firma navigasi dan pemetaan, Tom Tom.

PILIHAN PEMBACA: 27 Tahun Penantian, Coldplay Rileks Perform Dalam Hujan & Terima Kasih Malaysia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live