Pernah dikritik ketika menyertai pertandingan realiti TV pada tahun lalu tidak mematahkan semangat Nuha Bahrin untuk terus melangkah ke dalam bidang nyanyian.
Terus positif untuk mencapai cita-citanya sebagai penyanyi profesional, Nuha kini muncul dengan single terbarunya berjudul XSEMPURNA.
Menurut Nuha XSEMPURNA secara keseluruhanya memaparkan pengkisahan sebenar yang dilalui oleh dirinya apabila dikutuk dan dihina oleh satu dunia.
“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu.
“Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.
“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya.
“Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya” katanya.
Sementara itu komposer Ezra Kong berkata, bakat Nuha Bahrin menyebabkan dia tidak teragak-agak untuk menyediakan lirik dan melodi serta susunan muzik yang sesuai.
Manakala dalam susunan plot cerita di dalam Muzik Video XSEMPURNA adalah secara sinematik yang hanya bermainkan emosi penyanyi Nuha Bahrin.
“Proses penggambaran kami terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula. Dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan pengambaran sebelum jam 12 pagi.
“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu”, katanya.
Nuha Bahrin, seorang pendatang baharu yang membina nama dengan lagu covernya ‘Hurt’, Christina Aguilera.
Malah bakat Nuha Bahrin turut mencuri perhatian penyanyi antarabangsa tersebut yang turut mengulang siar nyanyian Nuha di laman sosial Instagramnya.
XSEMPURNA merupakan kerjasama di antara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia, yang telah pun disiarkan secara rasmi pada 5 Mac lalu di saluran YouTube BeeGood Music.
Lagu ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music.
Dalam perkembangan lain, Nuha juga bakal mengeluarkan Album Zikir bersama artis-artis Beegood Music sempena Bulan Ramadhan yang akan datang.
Fiza Kamarudin
Tue Mar 16 2021


Azhan Rani Mohon Maaf Tersilap Balas Komen Peminat - “Tiada Langsung Sekelumit Niat Untuk Mempersenda”
Azhan tak sengaja la...

Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.